top of page

RUU Perkhidmatan Parlimen: Demokrasi di Malaysia semakin matang - PM



Demokrasi di Malaysia semakin matang dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang akan dilakukan esok.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RUU itu bakal memperkasakan institusi Parlimen yang selepas ini memiliki akta sendiri mengawal perjalanannya, tanpa terlalu terikat dengan perkhidmatan awam sebagaimana amalan sebelumnya.


"Bila ada kuasa, itu (kuasa) dimanfaatkan untuk melaksanakan program dan ini antara program yang agak penting.


"Ini kerana ia sekali lagi menunjukkan keupayaan kita memperbaiki sistem pentadbiran demokrasi di negara kita," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.


Selain itu, dalam taklimat mingguan itu juga PM mengingatkan agensi dan jabatan kerajaan agar tidak membazir dalam penganjuran program sepanjang Ramadan termasuk program berbuka puasa.


Beliau menasihatkan agar majlis yang dianjurkan kelak tidak terlalu mewah sehingga menenggelamkan proses latihan Ramadan yang mengutamakan konsep merasai penderitaan orang lain dan bersederhana.


Dalam pada itu, PM juga mengajak penjawat awam supaya membudayakan pembacaan, kefahaman dan mesej di dalam al-Quran sepanjang bulan ini.


"Ia bertepatan dengan Ramadan yang merupakan bulan diturunkan al-Quran dan kitab suci itu juga adalah petunjuk kepada umat Islam dalam membuat pertimbangan antara yang baik dan buruk dalam kehidupan," katanya.


Untuk rekod, pada bulan Ramadan kali ini PM akan mengunjungi jabatan jabatan kerajaan untuk mengadakan sesi tazkirah dan program menghidupkan Ramadan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page