top of page

RUU Perbekalan 2025 diluluskan di Dewan Rakyat



Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.

Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengumumkan keputusan undian itu ketika mempengerusikan sementara persidangan Dewan Rakyat malam tadi.


Belanjawan 2025 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober membabitkan peruntukan RM421 bilion, iaitu belanjawan terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah dan diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI.


Belanjawan itu menumpukan kepada menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan, melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.


Terdahulu RUU yang dibentangkan untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu melalui proses perbahasan selama 12 hari.


Penggulungan bagi peringkat jawatankuasa bagi setiap kementerian bermula 13 November lalu selepas ia diluluskan di peringkat dasar pada 12 November selepas dibahaskan selama lapan hari bermula 21 Oktober dan melalui sesi penggulungan selama empat hari mulai 6 November lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page