top of page

RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentang di Parlimen tahun depan



Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar dijangka dibentangkan ke Dewan Rakyat sesi pertama Parlimen tahun depan bagi merubah landskap bandar negara yang usang kepada wajah perbandaran baharu.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, RUU itu akan memberi lebih autonomi kepada usaha membangunkan semula bangunan-bangunan lama khususnya yang tidak lagi selamat untuk didiami bagi dibangunkan semula.


Mengulas kewajaran RUU tersebut beliau menjelaskan, usaha membangunkan semula bangunan-bangunan lama terhalang kerana ia memerlukan persetujuan 100% daripada pemiliknya berdasarkan Akta 757 Seksyen 57 (6) (Akta Pengurusan Strata).


"Saya mengambil contoh sebuah rumah flat dengan 500 pemilik, jika ada hanya seorang pemilik tidak bersetuju untuk bangunan itu dibangunkan semula, maka ia tidak boleh dilakukan. Jadi, adakah ini sesuatu yang adil?


"Adakah kepentingan seramai 499 pemilik lain perlu diketepikan hanya kerana seorang pemilik yang tidak bersetuju ini? Tetapi inilah realiti yang berlaku sekarang," katanya dalam sesi eksklusif Pencapaian Separuh Tahun KPKT bersama media, di Putrajaya pada Jumaat.


Mengulas lanjut beliau berkata, penggubalan RUU itu kini sudah melibatkan sebanyak 82 perbincangan atau libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan.


Jelasnya, garis panduan RUU itu juga sudah diluluskan oleh Jemaah Menteri dan berharap dapat dibentangkan serta diluluskan Dewan Rakyat secepat mungkin.


Sekiranya RUU itu diluluskan kelak, ia jelasnya akan menjadi pencapaian terbesar dan legasi terbaik KPKT kerana RUU ini sangat penting dan bakal menjadi `game changer’ kepada usaha merubah landskap perbandaran negara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page