top of page

RUU Mufti tidak sekat kebebasan, untuk orang Islam di Wilayah Persekutuan



Kerajaan mengingatkan semua pihak agar tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam dengan membuat tafsiran salah terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mufti yang telah dibentang di Parlimen.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, sesuatu fatwa yang diwartakan di bawah RUU Mufti itu adalah mengikat orang Islam sahaja serta terhad di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.


"Malah, sebelum fatwa itu boleh mengikat, ia perlu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Majlis Agama Islam terlebih dahulu, malah tidak boleh bercanggah dengan mana-mana undang-undang bertulis," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohd Na'im berkata, fatwa yang dikeluarkan mufti seharusnya dihormati kerana pemegang jawatan itu adalah pihak yang berautoriti untuk memberi nasihat tentang hukum syarak sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.


"Mufti Wilayah Persekutuan hanya bertanggungjawab menentukan persoalan hukum syarak yang menyentuh undang-undang diri bagi orang Islam di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya," tegasnya.


Dalam pada itu, Mohd Na'im menjelaskan bahawa dakwaan penggubalan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) akan menggugat kebebasan warganegara adalah tidak benar.


"Hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan ialah untuk hidup beragama, bukanlah hidup tidak beragama. Hak kebebasan beragama bagi orang Islam ialah kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama yang sebenar seperti ditentukan oleh ulil amri atau ketua agama.


"Sebagai contoh ialah fatwa mengenai amalan ajaran agama Islam yang sesuai mengikut keadaan tempatan serta larangan ikutan terhadap ajaran, pegangan dan fahaman yang sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar," katanya.


Tambah Mohd Na'im tindakan mempertikai kuasa mufti atas alasan penjawatnya tidak dipilih oleh rakyat adalah tidak berperlembagaan.


RUU Mufti digubal antara lain untuk mengadakan peruntukan mengenai mufti, penentuan hukum dan doktrin syarak serta perkara yang berkaitan di Wilayah-Wilayah Persekutuan sahaja.


RUU ini memperuntukkan sembilan bahagian iaitu Mufti dan Timbalan Mufti, Jawatankuasa Fatwa, pengeluaran fatwa, penentuan kiblat, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dan perunding akidah dan pelbagai.


Menerusi RUU Mufti, pengasingan kuasa antara Jabatan Agama Islam, Mufti dan Mahkamah Syariah akan kelihatan lebih jelas.


Pentadbiran keadilan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Hukum Syarak di bawah bidang kuasa mufti akan ditadbir oleh akta berasingan.


"Saya ingin mengajak seluruh umat Islam memberi sokongan terhadap penggubalan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024).


"Penggubalan RUU ini adalah sebahagian dari usaha kerajaan dalam memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman bagi undang-undang diri orang Islam seterusnya menjamin hak-hak keadilan kepada umat Islam di Malaysia," kata Mohd Na'im.


Sebelum ini laporan menyebut Mohd Na'im sebagai berkata RUU Mufti akan dibentang  bagi bacaan kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen yang akan bermula pada 14 Oktober.


Bagaimanapun rang undang- undang itu menerima kritikan kumpulan seperti Sisters In Islam (SIS) yang menyatakan RUU berkenaan akan memberikan kuasa tanpa kawalan kepada pihak berkuasa agama dengan mendakwa mereka akan kebal terhadap tindakan undang-undang.


Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 juga akan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam dalam sekelip mata, dakwa beberapa kumpulan dari Sabah dan Sarawak hari ini.


Menurut Borneo Post Online, 14 kumpulan yang berpangkalan di Sarawak dan Sabah itu juga mendakwa RUU berkenaan melanggar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan merupakan serangan secara langsung terhadap sistem sekular di negara ini.

0 comments

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page