top of page

RUU Mufti pastikan punca bidang kuasa lebih teratur



Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) yang bakal dibentang pada sidang Parlimen akan datang bertujuan memastikan punca bidang kuasa mufti lebih teratur serta jelas tanpa ada pertikaian berhubung tindakan yang dilakukan oleh mereka.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan, RUU itu bagi membolehkan jawatan mufti mempunyai lebih ketertiban dan keteraturan daripada segi Perlembagaan serta undang-undang negara, namun tidak akan memperluas atau meningkatkan kuasa mufti.

"Saya juga telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bahawa hampir semua fasal dan perkara yang terkandung dalam rang undang-undang itu hampir sama seperti Enakmen Fatwa Negeri Sabah berhubung mufti di negeri itu yang diluluskan pada 2004.


"Bermaksud Sabah sudah memiliki undang-undang serupa selama lebih 20 tahun. Sabah tak ada berubah daripada segi amalan ataupun kebebasan beragama, bagi yang bukan Islam kita lihat acara ataupun pesta dan keraian seperti Pesta Kaamatan masih dijalankan," katanya dipetik selepas menghadiri Program Kesihatan Lembah Pantai pada Sabtu.


Kenyataan itu bagi menjawab dakwaan 14 kumpulan yang berpangkalan di Sarawak dan Sabah yang mendakwa rang undang-undang itu melanggar Perjanjian Malaysia 1963 selain akan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam dalam sekelip mata.


"Jadi bagi mereka yang mengeluarkan tuduhan seperti ini, saya sarankan teliti balik sejarah (undang-undang ini di) Sabah yang sudah dibuat 20 tahun lalu, tiada sebarang kesan negatif.


"Sehubungan itu, jangan pandang serong dan perlu celik undang-undang. Kita mahu agama Islam bagi yang muslim bukan hanya untuk dihormati tetapi (juga) mahu dari segi undang-undang (ia) teratur," kata Fahmi yang juga jurucakap kepada kerajaan.


Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan, RUU tersebut hanya mengikat orang Islam serta terhad di bawah bidang kuasa negeri.


Penggubalan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman bagi undang-undang diri orang Islam, seterusnya menjamin hak-hak keadilan kepada umat Islam di Malaysia.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page