top of page

RUU Mufti licinkan pentadbiran agama di Wilayah Persekutuan - Nazri Yusoff



Rang Undang Undang (RUU) Mufti 2024 yang kontroversi pada waktu ini seharusnya disokong oleh rakyat, khususnya beragama Islam.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Ahmad Nazri Yusoff, RUU itu kini disensasikan secara yang tidak sewajarnya sehingga wujud unsur penentangan bukan sahaja di Wilayah Persekutuan di mana ianya berkuatkuasa tetapi hampir ke seluruh negara.


Sedangkan kata beliau, RUU itu mampu melicinkan lagi pentadbiran institusi agama di Wilayah Persekutuan.


"KEADILAN Terengganu menyokong penuh RUU Mufti 2024 Wilayah Persekutuan kerana RUU ini akan melicinkan lagi pentadbiran agama Islam di wilayah.


"RUU ini sebenarnya tidak bertentangan Perlembagaan, bahkan ia akan memperkasakan lagi pentadbiran Islam itu sendiri," katanya dalam kenyataan.


Bagi bukan Islam pula, tambah Nazri, mereka tidak perlu bimbang menghadapi polemik RUU ini kerana tidak akan menjejaskan mereka, bahkan juga muslim di luar Wilayah Persekutuan tidak akan tertakluk di bawah undang undang berkenaan.


Oleh itu, Nazri berharap RUU Mufti 2024 akan disokong secara majoriti untuk diluluskan di Dewan Rakyat pada sesi kali ini.


"MPN Terengganu menyokong penuh usaha memartabatkan agama Islam dan memastikan tatakelola pentadbrian agama Islam dapat ditransformasikan dengan lebih baik agar syiar Islam akan lebih mantap dan terserlah," katanya lagi.


Semalam Setiausaha Politik Menteri Agama, Dr Muhamad Razak Idris menjelaskan RUU yang akan dibentangkan di Parlimen telah melalui suatu proses libat urus yang komprehensif bagi memastikan ia teratur dan selaras dengan Perlembagaan dan undang-undang sedia ada.


Justeru, beliau berharap tiada pihak yang menimbulkan kesangsian mengenai RUU Mufti 2024 di samping pihaknya tidak menolak diadakan dialog lanjut bersama pakar dan pemuka agama Islam.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page