top of page

RUU Mufti lalui libat urus komprehensif, ikut undang-undang



Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa terbuka mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan input, syor dan pandangan terbaik ke arah memartabatkan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia termasuk membabitkan Rang Undang-Undang Mufti 2024.


Setiausaha Politiknya, Dr Muhamad Razak Idris berkata rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen itu telah melalui suatu proses libat urus yang komprehensif bagi memastikan ia teratur dan selaras dengan Perlembagaan dan undang-undang sedia ada.


"Pihak Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang giat melaksanakan sesi penerangan berkaitan isu-isu berbangkit terhadap RUU Mufti ini bagi menjelaskan kekeliruan dan salah faham yang timbul.


"Oleh itu, saya mengajak orang ramai supaya merujuk dan menggunakan saluran rasmi sekiranya memerlukan penjelasan lanjut berkaitan perkara ini," katanya dalam kenyataan.


Beliau mengulas hantaran media sosial seorang tokoh agama yang mengajak Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berdialog terbuka berkaitan RUU Mufti 2024.


Muhamad Razak berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan sikap suka mencetuskan provokasi dalam masyarakat awam dengan membincangkan isu-isu berkaitan pemikiran keagamaan yang rumit dan memerlukan kepakaran yang khusus secara terbuka.


"Saya menyeru orang ramai menggunakan media sosial secara berhemah dan beretika serta menjaga tutur kata agar tidak mengguris perasaan mana-mana pihak demi memelihara kewibawaan dan kehormatan terhadap institusi pentadbiran hal ehwal agama di negara kita, seterusnya menjamin kesejahteraan beragama di kalangan umat Islam," jelasnya.


Terdahulu laporan media memetik Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mengajak Mohd Na'im berdialog dengannya berhubung RUU itu.


Mohd Asri dalam satu hantaran di Facebook juga meminta media rasmi kerajaan untuk memberi ruang kepadanya untuk berdialog dengan senator terbabit supaya rakyat dapat menilai kemampuan seorang menteri.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page