top of page

RUU Mufti elak perpecahan, bukan eksklusif dan sektarian



Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti bukanlah satu bentuk eksklusif dalam beragama dan bersifat sektarian sepertimana didakwa oleh sebahagian pihak hingga boleh memecahkan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat.


Mufti Wilayah Persekutuan Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah berkata langkah itu pada hakikatnya adalah satu bentuk usaha pemerkasaan suatu manhaj yang jelas dan berstruktur.


"Hal ini penting bagi mempersiapkan umat Islam dalam mengharungi era globalisasi yang semakin terdedah kepada aliran ajaran sesat yang pelbagai dan kekeliruan dalam penghayatan Islam


"⁠Suka saya menjelaskan iaitu RUU Mufti digubal bertujuan untuk memartabat dan memperkukuh peranan dan fungsi institusi Mufti dalam pembangunan hukum syarak ke arah meningkatkan keberkesanan tadbir urus pentadbiran Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.


Mengenai keputusan memasukkan syarat berpegang dengan aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah, Luqman berkata Malaysia merupakan sebuah negara majoriti umat Islam yang berpegang kepada kedua-dua aliran akidah itu yang mula bertapak dan telah dipegang oleh masyarakat Islam sedunia khususnya di alam Melayu sejak zaman zaman dahulu sehingga hari ini.


"Pegangan al-Asya’irah dan al-Maturidiyah (ASWJ) diyakini membawa keharmonian dan kesatuan ummah dalam beragama dari sudut memberi pengukuhan kefahaman Islam, kesepaduan ilmu, membentuk jati diri Islam, kesepakatan fikrah, keselarasan dalam pengamalan agama dan keilmuan para ulama dan masyarakat di rantau ini," katanya.


Jelasnya penggubalan RUU Mufti 2024 adalah satu usaha murni yang selaras dengan dasar kerajaan MADANI yang menekankan kemajuan dan ketamadunan dalam masyarakat berdasarkan ilmu pengetahuan dan khazanah tradisi Islam.


Dalam pada itu, Luqman berkata Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) rasa dukacita atas polemik yang timbul ekoran penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 apabila terdapat segelintir pihak membuat dakwaan melulu hingga melanggar batas etika dan adab.


Katanya dakwaan tersebut turut dilemparkan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.


"JMWP menyeru semua pihak agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan dakwaan yang tidak berasaskan fakta sebenar khususnya kenyataan yang dilihat dengan segaja cuba merendahkan kehormatan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan insitusi pentadbiran Islam di Malaysia.


"Umat Islam dinasihatkan agar menjaga tutur kata dan mempamerkan akhlak serta adab yang baik terutama dalam perkara yang melibatkan perbezaan pandangan," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page