top of page

RUU kewarganegaraan pastikan bela kanak kanak di mana pun dilahirkan



Oleh: Akmal Manaf


Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid menyifatkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 mengenai kewarganegaraan sebagai langkah yang sangat bersejarah.


Ini kerana katanya, wanita-wanita yang terdiri daripada golongan ibu, terpaksa berjuang selama bertahun-tahun demi hak anak-anak disebabkan mereka berkahwin dengan pasangan warga asing.


"Jadi sistem sedia ada menafikan kewarganegaraan automatik kepada anak-anak mereka berdasarkan tempat lahir, yang memaksa keluarga membuat keputusan yang berat.


"Hari ini kita berada di ambang perubahan. RUU ini akan memberikan wanita Malaysia hak yang sama seperti lelaki, memastikan anak-anak mereka mendapat kewarganegaraan yang selayaknya tanpa mengira di mana mereka dilahirkan.


"Perbahasan ini juga bukan sekadar satu amalan perundangan, tetapi melibatkan usaha untuk membentuk masa depan keluarga-keluarga di Malaysia. Masa depan yang dibina berasaskan keadilan dan kesaksamaan," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.


Susulan itu, Syerleena merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail atas komitmen dan usaha beliau membawa undang-undang penting itu ke Parlimen.


Terdahulu, Ahli-Ahli Parlimen Pas dilaporkan menyokong penuh RUU berkenaan yang dibentangkan di Dewan Rakyat, sesi petang hari ini.


Pada 9 Oktober lalu, pada 9 Oktober lalu Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) optimis pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan, akan mendapat sokongan dua per tiga ahli Dewan Rakyat.


Katanya, beliau percaya Ahli-ahli Parlimen akan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan jauh mengatasi sentimen dan kepentingan sendiri.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page