top of page

RUU Kewarganegaraan: Lulus 2/3 majoriti, Undi Percaya kepada PM



Cabaran pembangkang agar diperiksa sokongan kepada Perdana Menteri melalui usul tidak percaya dalam sesi Oktober Dewan Rakyat terjawab semalam apabila Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 mengenai hak kewarganegaraan diluluskan dengan sokongan melebihi 2/3 bilangan anggota dewan.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Ahmad Nazri Mohd Yusoff, sokongan 206 daripada 222 Ahli Parlimen itu cukup untuk menjawab tohmahan pembangkang sebelum ini bahawa PM tidak lagi mempunyai sokongan padu sebagaimana diperolehinya pada 2022, selepas pilihan raya umum lalu.


"RUU Kewarganegaraan adalah bukti Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar mendapat sokongan penuh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat


"Pindaan Perlembagaan ini membuktikan bahawa kerajaan dalam keadaan kukuh dan pembangkang hanya memainkan sentimen palsu dan terdesak untuk memberi imej buruk kepada kerajaan," katanya kepada Suara Keadilan.


Dalam pada itu, Nazri menganggap usaha keras Kerajaan Madani untuk meluluskan RUU Kewarganegaraan tersebut yang seolah olah menemui 'jalan buntu' pada Januari lalu apabila ditentang oleh pembangkang dan NGO merupakan suatu kerja keras yang sepatutnya dihargai semua pihak.


Katanya, dengan lulusnya pindaan maka anak dari ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan lelaki asing mudah untuk mendaftarkan kelahiran dan mendapat kerakyatan sebagaimana sebelum ini sekiranya ayah kepada anak berkenaan seorang warganegara Malaysia.


"Kelulusan RUU ini membuktikan Kerajaan Perpaduan sentiasa menerima maklum balas rakyat dan berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka dengan sebaik baiknya.


"Dengan kelulusan ini akan dapat menyelesaikan masalah puluhan tahun berkenaan isu kewarganegaraan ibu dan boleh memberi hak selayaknya kepada anak yang dilahirkan," katanya lagi.


Kelulusan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 semalam amat bersejarah kerana bukan sahaja anggota kerajaan tetapi anggota pembangkang juga turut mengundi menyokong, biarpun beberapa bulan lalu pembangkang memilih untuk tidak memihak atau berkecuali dalam isu berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page