top of page

RUU keselamatan dalam talian bakal tutup “kelompangan” undang-undang



Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian (ONSA) dijangka akan dibentangkan ke Dewan Rakyat pada awal Disember ini untuk bacaan kali kedua.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil, ia susulan mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat bersetuju secara dasar meluluskan pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah berkaitan isu buli siber.


"Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan secara dasar, siri pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah berkaitan isu buli siber.


"Selain itu, (kerajaan juga bersetuju untuk membawa) satu undang-undang yang dinamakan RUU Keselamatan Dalam Talian atau 'Online Safety Act'," katanya dipetik.


Sementara itu Fahmi menjelaskan, pindaan terhadap undang-undang ini bertujuan memastikan keseluruhan Internet kita menjadi lebih selamat, terutama untuk kanak kanak dan keluarga.


Selain itu ia bertujuan menutup kelompongan undang-undang terbabit atau lebih dikenali sebagai 'lacuna in the law'.


"Dapatan kajian oleh kerajaan menunjukkan tidak ada takrifan tepat bagi jenayah buli, termasuk buli siber.

"Saya tegaskan secara keseluruhan, ini adalah langkah yang kita perlu ambil bagi menutup kelompongan (dalam undang-undang terbabit)... untuk kita mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka yang (melakukan) buli siber," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page