top of page

RUU Kebebasan Maklumat pastikan ketelusan perkhidmatan awam di era MADANI



Reformasi pentadbiran pada era Kerajaan MADANI diperkukuhkan lagi dengan cadangan terbaharu menggubal Rang Undang-undang (RUU) Kebebasan Maklumat atau Freedom of Information Act (FOI).


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang beliau pengerusikan semalam telah membincangkan secara terperinci penggubalan undang undang yang membenarkan rakyat mendapat maklumat jelas berkenaan pemerintahan dan atdbir urus itu.


"Mesyuarat bersetuju supaya RUU ini dibentangkan di Parlimen pada tahun 2025 ke arah meningkatkan ketelusan dalam perkhidmatan awam dengan memastikan hak individu untuk akses kepada maklumat di bawah bidang kuasa Kerajaan terjamin dan terpelihara di sisi undang-undang," kata Anwar di Facebook.


Selain itu, kata beliau, mesyuarat turut mengambil maklum tentang penubuhan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.


"Langkah ini diambil untuk menambahbaik imej dan persepsi negara berhubung tatakelola baik sektor awam di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan pelabur asing.


"Adalah menjadi tekad Kerajaan untuk sentiasa memperkukuh agenda tatakelola baik negara, mempertingkat integriti dan memerangi rasuah selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page