top of page

RUU hukuman khidmat masyarakat kesalahan buang sampah dibentang Mac ini



Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus melaksana usaha bagi meningkatkan kesedaran sivik orang ramai terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran.


Menterinya, Nga Kor Ming berkata, sehubungan itu draf Rang Undang-Undang (RUU) bagi hukuman khidmat masyarakat kepada individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat Mac ini.


"Undang-undang khidmat masyarakat dikenakan kepada mereka yang memang degil. Individu ini akan dipelawa memakai baju khas membantu pekerja pihak berkuasa tempatan (PBT) mencuci longkang, bersihkan tandas dan sapu jalan.


"Kita naikkan kompaun RM300 atau RM500 pun tidak berguna kerana mereka boleh bayar. Cuba sapu sampah selama lima jam, pasti dia tidak akan buang sampah lagi.


"Hukuman itu bagaimanapun bergantung kepada mahkamah mengikut peruntukan undang-undang nanti," katanya dipetik.


Kor Ming ditemui pemberita selepas merasmikan jentera baru Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) pada Isnin.


Hukuman khidmat sosial bagi kesalahan pembuangan sampah kecil itu akan dilaksana melalui penyediaan draf Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) serta Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).


Kor Ming sebelum ini memaklumkan cadangan tersebut sudah dipersetujui Jemaah Menteri.


"Walaupun Malaysia sudah mencapai pelbagai kemajuan dalam usaha menuju status negara maju namun isu pembuangan sampah kecil merata-rata masih menjadi kebimbangan," katanya pada Malam Anugerah Kecemerlangan Media KPKT pada November lalu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page