
Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 pada 6 Mac lalu memberi harapan baharu kepada pembangunan ekonomi Terengganu.
RUU itu yang akan menggunakan tapak atau bekas kawasan perlombongan minyak dan gas Terengganu untuk menjana industri baharu yang mesra alam sekitar bakal menjanjikan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk yang sebelum ini berkhidmat dalam sektor petroleum dan gas.
Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Ahmad Nazri Mohd Yusof berharap RUU yang akan dijadikan akta itu bakal mengembalikan kerancakkan pertumbuhan ekonomi negeri selepas petroleum dijangka akan berkurangan pada dekad akan datang.
"MPN Terengganu mengalu alukan RUU CCUS di Dewan Rakyat yang dibentangkan oleh Menetri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
"MPN Terengganu juga mengucapkan terima kasih atas keperihatinan Rafizi yang juga merupakan anak Kemaman. Di mana dalam perbahasan RUU tersebut beliau menyebut spesifik RUU ini akan memberi nafas baru kepada pembangunan industri di Pantai Timur terutama di Kertih (loji penapis minyak), Kemaman," katanya dalam kenyataan.
Nazri juga berharap akta baharu itu akan membuka mata rakyat Terengganu terhadap keprihatinan Kerajaan Persekutuan yang tidak menganak tirikan atau membiarkan masa hadapan negeri gelap biarpun ditadbir oleh pembangkang Pas.
"MPN Terengganu sekali lagi berbesar hati atas keprihatinan YB Menteri Ekonomi dan semoga dengan RUU CCUS ini akan memberi nafas baru kepada ekonomi Terengganu, khusus Kemaman dan juga akan mengubah landskap ekonomi negeri apabila industri minyak semakin tidak strategik lagi, maka RUU ini akan mejadi pemacu kepada kegiatan ekonomi baharu," katanya lagi.
Untuk rekod, RUU Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis lalu.
RUU itu akan memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekonomi negara dalam sektor karbon dan ia diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Ekonomi.
Comments