top of page

RUU berkaitan kewarganegaraan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja



Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan sudah dibentangkan ke Majlis Raja-Raja pada Khamis.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, RUU itu menerima maklum balas positif namun masih ada perkara yang perlu diperhalusi dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebelum ia melalui bacaan buat kali kedua di Dewan Rakyat.

Sementara itu tambahnya, kementerian juga bersedia untuk meneruskan sesi libat urus bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan, dan memberi justifikasi terhadap cadangan yang terkandung dalam pindaan tersebut.


"Proses untuk membentangkan Pindaan Perlembagaan di bawah tajuk warganegara diteruskan. Hari ini pun KDN dijemput bentang kepada Majlis Raja-Raja, tetapi perlu perhalusi lagi dengan Suhakam.


"(Respons Majlis Raja-raja) sangat-sangat positif, tetapi saya tidak boleh sebut lebih, kerana persidangan Majlis Raja-Raja biasanya akan disusuli dengan minit mesyuarat secara rasmi. Itu nanti barulah saya boleh buat pengumuman selanjutnya," katanya dipetik laporan media.


Difahamkan, pindaan bertujuan menyelaraskan umur mengundi di Malaysia dan takrif kanak-kanak yang diperuntukkan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), serta umur dewasa di bawah Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 211).


Antara lain bertujuan menurunkan had umur untuk memohon kewarganegaraan daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page