top of page

RUU 355: Usaha PMX martabatkan Islam sentiasa konsisten



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Walaupun sibuk mengurus negara yang sedang berdepan pelbagai isu, ditambah dengan kekalutan politik di sana sini, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) tetap mengambil berat soal memartabatkan undang undang Islam di negara ini.


Sesuai dengan imejnya sebagai pemimpin Islam yang dikenali ramai di seluruh dunia, Anwar beriltizam mahu memanfaatkan kuasa yang dipegangnya ke arah itu.


Ketika berucap merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan Dan Kehakiman Syariah Malaysia di Putrajaya semalam beberapa komitmen telah ditampilkannya.


Pinda undang undang dengan teliti


Menurut beliau dalam konteks semasa, inisiatif pencerahan dan pemerataan isu memartabatkan perundangan wajar dilakukan merentasi kementerian sehingga ke peringkat akar umbi agar masyarakat mendapat kefahaman yang menyeluruh daripadanya.

Noraini Nordin

Sehubungan itu, berkaitan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 Anwar memaklumkan usaha berkenaan sedang berjalan, dan kerangka awal pindaan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bulan depan.


"Namun saya tegaskan kepada Menteri Agama untuk memastikan pindaan RUU355 ini dilaksanakan secara terperinci dengan mendapatkan sebanyak mungkin pandangan daripada pelbagai pihak, termasuk pakar perundangan syariah antarabangsa serta pakar perundangan sivil.


"Ini bagi memastikan pindaan RUU355 menjadi satu dokumen yang kukuh dan disepakati semua negeri, mufti, ulama, pimpinan serta pengamal undang-undang tatkala ia dibawa ke Parlimen nanti, sekali gus menjadi contoh terbaik dalam pelaksanaan usaha memartabatkan undang-undang Islam di negara ini," ujarnya.


Di samping itu, menurut PMX kerajaan juga menghargai peranan institusi Mahkamah Syariah.


Oleh itu, tambahnya, beliau terbuka kepada cadangan bagi mewujudkan Akta Saraan yang merangkumi Hakim-hakim Syarie untuk pertimbangan Kerajaan.


Dengan masa berlalu, percayalah, lebih banyak lagi perkara berkaitan Islam mampu dilaksanakan Anwar untuk negara kita ini.


________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page