top of page

'Run To Win Change Malaysia': Pemantapan kuota 30% calon wanita KEADILAN



Program 'Run To Win Change Malaysia' digerakkan oleh Wanita KEADILAN Pusat bagi menyediakan calon berkualiti untuk memenuhi kuota 30% calon wanita dalam pilihanraya.


Menurut kenyataan Wanita KEADILAN, program tersebut akan menyediakan Senarai Calon Kompentesi untuk Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum dan terdiri daripada Senarai Sedia Ada, Senarai Berpotensi atau Senarai Calon Akan Datang.


"Wanita KEADILAN juga peka dalam usaha melahirkan pemimpin pelapis kalangan wanita-wanita muda.


"Bagi wanita muda akan dianjurkan Forum Industri Wanita (FEWIT) yang akan mengerakkan seluruh golongan tersebut dalam platform berkenaan," katanya.

Peserta hadiri program pemantapan
Peserta hadiri program pemantapan

Menurut kenyataan itu, program berkenaan akan digerakkan pada awal Januari 2025 yang bertujuan untuk mendidik wanita termasuk menguruskan sesi-sesi profesional.


"Tindakan susulan tersebut akan dapat memastikan sasaran 30% Wanita KEADILAN sebagai ADUN dan Ahli Parlimen dapat dijadikan realiti," katanya.


Dalam pada itu, Program Pemantapan Representasi Wanita Dalam Parlimen anjuran Wanita KEADILAN Pusat yang diadakan sebelum ini telah dihadiri seramai 100 peserta dari seluruh negara.


Peserta program terdiri daripada Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN (MPWP), Ketua Wanita Cabang, Srikandi dan pelajar-pelajar Sekolah Wanita (SWAN).


Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Wanita KEADILAN Pusat Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan.


Turut memberi ceramah dalam program tersebut ialah Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan.


Fasilitator utama adalah Pengerusi Eksekutif EMPOWER, Gopalan Papachan, Maria Chin, Manahara Subramaniam dan Azemi Mohd Yunus.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page