![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_9bfd2598a2f543efb056d71f1f135af1~mv2.jpg/v1/fill/w_660,h_439,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_9bfd2598a2f543efb056d71f1f135af1~mv2.jpg)
Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri akan bermula minggu hadapan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata rumah terbuka itu akan melibatkan 6 lokasi di seluruh negara.
"Perdana Menteri serta Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan akan mengadakan siri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri sepanjang bulan April dan Mei, di beberapa lokasi," katanya dalam satu kenyataan.
Kata Fahmi, program rumah terbuka itu menjemput semua rakyat Malaysia untuk datang menjamu selera dan saling beramah mesra.
"Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI. Semoga Syawal ini memberi peluang untuk saling bermaafan di samping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita," katanya lagi.
Berikut adalah jadual Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama PM:
![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_34f5b9610ca34b6cb325217518af25ef~mv2.jpg/v1/fill/w_800,h_594,al_c,q_85,enc_auto/4449e2_34f5b9610ca34b6cb325217518af25ef~mv2.jpg)
Comments