top of page

Rujuk PM Anwar ke Majlis Raja Raja boleh cetus krisis Perlembagaan



Kenyataan peguam senior Mohamed Haniff Khatri yang ingin merujuk Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Raja-Raja bukan sahaja tidak berperlembagaan malah boleh mencetuskan krisis Perlembagaan.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Haniff perlu sedar mesyuarat khas dicadangkan bagi membincangkan 'keingkaran' PM dan Peguam Negara yang didakwa tidak mengakui kewujudan titah adendum berkaitan bekas PM Najib Razak itu tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, dan tidak sewajarnya dilaksanakan oleh Majlis Raja Raja.


"Cadangan Haniff yang ingin melibatkan Majlis Raja-Raja adalah satu tindakan bahaya yang boleh membawa kepada krisis perlembagaan di negara ini.


"Saya ingin menarik perhatian Haniff sebagai seorang peguam senior bahawa Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 38(1), (2), (3), (4), (5) dan (6).


"Tidak ada kuasa Majlis Raja-Raja untuk membincangkan apa yang dipanggil oleh Haniff sebagai keingkaran PM mengakui kewujudan titah adendum.


"Tempat yang sesuai untuk PM dirujuk untuk dibincang atau dibahas ialah di Parlimen, bukannya di Persidangan Majlis Raja-Raja," katanya yang juga seorang peguam dalam kenyataan hari ini.


Tegas Hassan, Hanif juga perlu sedar Perkara 145(4) Perlembagaan Persekutuan berkenaan tugas Peguam Negara.


Katanya, Fasal (4) menyatakan dalam melaksanakan tugasnya Peguam Negara berhak untuk didengar di mana-mana Mahkamah atau tribunal di Persekutuan dan perlu diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain.


Katanya lagi, dalam hal berkenaan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah bersifat tribunal dan prosiding Lembaga Pengampunan seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 42(8) Perlembagaan Persekutuan yang mana Lembaga Pengampunan perlu bermesyuarat dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan baginda hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.


Oleh itu, katanya, semakan kehakiman boleh merungkai masalah sama ada titah adendum yang diperkatakan telah dibawa ke dalam Lembaga Pengampunan dan dimaklumkan kepada PM atau Peguam Negara akan kewujudannya.


"Di dalam pendengaran substiantif Semakan Kehakiman Najib Razak tentang titah adendum itu nanti, saya percaya pihak Peguam Negara atau Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Peguam Negara, dan lain-lain defendan atau responden pasti akan menjelaskan adakah titah adendum itu telah dibentangkan atau tidak dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.


"Jika jawapan kepada persoalan itu ialah positif iaitu ya, maka persoalan selanjutnya adakah Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat itu mematuhi Fasal (9) Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan: "Sebelum memberikan nasihatnya mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbang apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu"


"Jadi persoalan kedua ini dapat kita ketahui bukan sekarang tetapi apabila permohonan semakan kehakiman Najib Razak didengar tidak lama lagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," ujarnya.


Justeru itu, Hassan mencadangkan agar Haniff Khatri supaya bersabar menunggu tarikh pendengaran semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.


Beliau menasihatkan Hanif supaya tidak terlalu cepat menyalahkan Perdana Menteri ataupun Peguam Negara.


Dan paling penting, katanya, jangan mengheret negara ke kancah Krisis Perlembagaan berkaitan isu titah adendum. Biarkan mahkamah merungkai segala kekusutan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page