top of page

Rombakan Angkatan Muda HARAPAN, sedia bantu kempen PRK Nenggiri



Angkatan Muda HARAPAN (AMH) sayap pemuda Pakatan Harapan menyokong penuh calon UMNO-BN yang diturunkan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.


Menurut Setiausaha AMH, Omar Mokhtar A Manap, pergerakan itu dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Angkatan Muda Harapan pada 18 Julai lalu memutuskan akan berpadu tenaga bersama jentera Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kemenangan BN di DUN berkenaan.


"Angkatan Muda Harapan ingin menzahirkan sokongan kepada calon daripada Barisan Nasional yang telah diumumkan iaitu Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan. Seiring dengan semangat kerjasama sebagai rakan gabungan Kerajaan Perpaduan, AMH bersedia untuk membantu di dalam kempen PRK DUN Nenggiri dan seterusnya memastikan kemenangan buat calon Barisan Nasional.


"Angkatan Muda Harapan turut menyeru kepada semua jentera PH di setiap peringkat untuk bersedia memberi sokongan dan kerjasama kepada jentera Barisan Nasional di dalam kempen di PRK DUN Nenggiri," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, AMH juga kata Omar, dalam mesyuarat berkenaan memutuskan untuk menyokong penuh tindakan yang telah diambil oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat ke atas Ahli Yang Berhormat Machang atas tindakan melampau beliau mencemar nama baik Dewan Rakyat yang mulia dengan membangkitkan hujahan daripada surat layang yang diterima sebagai bukti dan fakta yang dibentangkan di dalam Dewan Rakyat.


"Tindakan yang diambil ini seharusnya menjadikan pengajaran buat semua ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas dengan fakta-fakta yang jelas dan sahih tanpa cuba untuk mengelirukan Dewan.


"Wakil-wakil rakyat yang telah dipilih seharusnya menjadi suri teladan kepada masyarakat khususnya anak-anak muda dalam membawa politik matang yang berbahas menggunakan fakta yang sahih dan bukan politik murahan yang hanya meruntuhkan digniti sebagai seorang ahli Dewan Rakyat tanpa usul periksa," katanya lagi.


Selain itu, mesyuarat juga memutuskan melakukan penyusunan semula barisan pimpinan utama di peringkat pusat dan negeri bagi memperkasa kekuatan jentera pemuda Pakatan Harapan.


Barisan majlis kepimpinan AMH yang baharu adalah seperti berikut:


Ketua Angkatan Muda Harapan

Dr Kelvin Yii Lee Wuen (DAP)


Timbalan Ketua

Adam Adli Abdul Halim (KEADILAN)

Hasbie Muda (AMANAH)

Felix Joseph Saang (UPKO)

Msturah Abu bakar (Warda)


Naib Ketua

Young Syefura Othman (DAP)

Mohd Kamil Abd Munim (KEADILAN)

Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid (AMANAH)

Carlye Lajimin (UPKO)


Setiausaha

Omar Mokhtar A Manap


Timbalan Setiausaha

Ahmad Shahhir Mohd Shah


Bendahari

Ong Chun Wei


Timbalan Bendahari

Ratna Salsabela Ismail


Ketua Penerangan

Mohd Ammar Atan

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page