top of page

RMK13 tumpu hasilkan bakat, penuhi sektor ekonomi berpendapatan tinggi



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan keyakinannya bahawa Malaysia mampu menjadi peneraju ekonomi serantau tidak lama lagi.


Bagaimanapun tegas beliau, hasrat itu perlu bergerak seiring dengan usaha penyediaan bakat (talent) baharu anak tempatan berpengetahuan tinggi serta bersesuaian dengan aktiviti ekonomi berpendapatan tinggi yang mengutamakan inovasi dan penciptaan teknologi baharu.


Justeru Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan dirangka akan memberikan penekanan terhadap aspek reformasi pembentukan bakat untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor berkenaan.


"Prestasi pelaburan baharu yang masuk ke Malaysia ini memang membanggakan.


"Cuma cabaran kita, pelabur ini masuk untuk membantu memacu ekonomi negara, mereka memerlukan bakat yang padan dengan tahap teknologi mereka. Sebagai timbal baliknya memerlukan kita menyediakan bakat yang berupaya menyertai sektor tersebut


"Usaha menyediakan bakat untuk sektor ekonomi berpendapatan tinggi antara cabaran dan ia perlu dinilai dari segi kemampuan sistem pendidikan dan hala tuju institusi pendidikan negara yang menjadi asas utama bagi membina ekonomi yang hendak dicapai dalam RMK13 itu nanti," katanya dipetik.


Rafizi berkata demikian pada sidang media selepas sesi libat urus RMK13 bersama pihak kerajaan negeri Perlis di Dewan 2020, Persiaran Wawasan di Kangar pada Isnin.


Sementara itu Rafizi berkata, bagi tempoh jangka panjang kementeriannya berusaha memastikan ekonomi negara ini dinaik taraf daripada 'made in Malaysia’ kepada 'made by Malaysia’.


"Kami di Kementerian Ekonomi selalu sebut - kita nak ubah Malaysia ini daripada dikenali sebagai 'made in Malaysia' kepada 'made by Malaysia'. 'Made in Malaysia' kita pasang di kilang, jadi bila kilang pasang - gajinya rendah.

"Kalau 'made by Malaysia' - kita design sendiri, jadi dari segi rancangan semua memang ia ke arah itu, cuma sudah tentu nak berubah daripada kemahiran memasang kepada kemahiran mereka cipta, ia memerlukan kemahiran berbeza," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page