top of page

RMK13: Sumbang idea diperlukan bentuk masa depan ekonomi negara



Oleh: Akmal Manaf


Rakyat yang mempunyai idea dan pandangan dialu-alukan untuk melontarkannya dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan RMK13 akan menjadi dokumen penting Kerajaan MADANI, bukan sahaja untuk merangka hala tuju ekonomi negara bagi lima tahun akan datang tetapi sehingga 2040.


Beliau berkata, RMK13 dihasratkan untuk menjadi sebuah dokumen strategik yang komprehensif dan mudah difahami oleh rakyat, melibatkan semua pihak daripada Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) sehingga kepada isu masyarakat menua.


"Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada usaha membentuk masa depan ekonomi negara.


"Kongsi pandangan anda di https:/rmk13.ekonomi.gov.my/rmk13/pandangan-awam/ dan bersama-sama kita wujudkan Malaysia yang lebih sejahtera dan maju," kata beliau menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.


Sebagai sebahagian penyediaan RMK13, Rafizi berkata pihaknya telah memulakan inisiatif ‘Madani Mendengar,’ yang bertujuan untuk mendengar pandangan rakyat dari semua lapisan masyarakat.


Katanya, sesi pertama telah berlangsung di Selangor pada 1 Oktober lalu yang menyaksikan penyertaan pelbagai pihak termasuk sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan berkepentingan dan juga mahasiswa.


"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir, serta pasukan Kementerian Ekonomi dan Kerajaan Negeri Selangor.


"Sesi Madani Mendengar ini akan diteruskan di seluruh negara," ujar beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page