top of page

RMK13: Garis panduan baharu tangani ketirisan, kelewatan projek



Kementerian Ekonomi telah memperkenalkan Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Permohonan Projek Pembangunan 2026-2030 sebagai rujukan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.


Menterinya, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, pendekatan baharu itu bagi menambah baik dan memperkemas proses pelaksanaan projek pembangunan kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan ketirisan, pembaziran kewangan dan kelewatan projek di seluruh negara.


"Sebelum ini semua projek daripada yang sekecil-kecilnya (melibatkan) beberapa juta sehingga projek yang berbilion ringgit, boleh dikemukakan oleh kementerian atau agensi setiap tahun.


"Sekarang ini, kita telah pecahkan bahawa projek bernilai tinggi dengan kos melebihi RM300 juta, permohonan hanya boleh dikemukakan setiap dua tahun sekali bermula untuk Rancangan Boleh Pinda 1 ini dikemukakan antara 1 Mac 2025 hingga 31 Mac 2025," kata di Dewan Rakyat pada Isnin.


Beliau sebelumnya disoal mengenai usaha kementerian bagi memperkemas proses pelaksanaan projek RMK13, terutamanya untuk mengelakkan kelewatan dan kegagalan projek berkepentingan awam.


Sementara itu menurut Rafizi, sekiranya projek bernilai tinggi tidak dapat dikemukakan dalam tempoh tersebut, ia boleh dikemukakan pada 2027, manakala projek bernilai bawah RM300 juta boleh dikemukakan setiap tahun melalui Rancangan Boleh Pinda seperti biasa.


"Tujuan kita pisahkan begini kerana satu daripada faktor yang menyumbang kepada pelaksanaan projek yang cacamarba ialah kerana perancangan dibuat itu tidak berpadanan dengan saiz projek.


"Kalau perancangan projek-projek besar selalunya 60 ke 70 peratus daripada usaha itu sebenarnya dibuat merancang, apabila perancangan itu dibuat dengan baik maka ia akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan hanya ambil masa 30 peratus sahaja," katanya dipetik.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page