top of page

RMK-13: Jajaran lebuh raya baru hubungkan KLIA ke N Sembilan, Melaka



Sebuah lebuh raya pantai barat jajaran selatan akan dibina bagi menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selangor melalui Port Dickson, Negeri Sembilan ke Melaka sebagai salah satu projek utama dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, projek lebuh raya itu dapat menarik minat pelaburan dalam sektor pelancongan dan industri ke kawasan pembangunan koridor negeri-negeri berkenaan pada masa hadapan.


"Dalam Majlis Pelaburan Negara yang lepas, keputusan telah dicapai bahawa satu lebuh raya pantai barat jajaran selatan akan akan dibina untuk menghubungkan KLIA melalui Port Dickson ke Melaka, saya ingat ini akan jadi rancangan utama dalam Rancangan Malaysia ke-13


"Kita di Melaka boleh mula cari pantai mana yang cantik, selalu pelabur tanya macam itu, kalau dibawa dengan baik bukan saja pelabur datang untuk bina infrastruktur selalunya ia akan uruskan semua perkara lain termasuk penerbangan dan nak bawa pelancong dan sebagainya," katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 di Melaka hari ini.


Rafizi berkata projek tersebut selaras dengan perancangan kerajaan untuk menyambung pembangunan koridor hingga Melaka kerana ia boleh membuka lebih banyak potensi bukan sahaja dari sektor pembuatan industri malah secara spesifik untuk Negeri Sembilan dan Melaka membabitkan potensi pelancongan.


"Kita sedang merancang hendak bawa masuk pelaburan besar ke koridor itu dan satu perkara yang kita memang rancang dari tahun lepas hendak wujud ketersambunghan dari KLIA ke koridor pantai di Negeri Sembilan dan Melaka, bukan saja selesaikan ketersambungan tapi membuka nilai kawasan itu terutamanya dari segi pelancongan dan perindustrian," katanya.


Terdahulu Rafizi berkata peruntukan untuk Melaka dalam tempoh dua hingga tiga tahun sebelum ini memang sudah menyaksikan penambahan termasuk dalam Rancangan Malaysia ke-12 bagi tempoh tahun ini peruntukan mencecah RM2.75 bilion.


"Jumlah itu lebih tinggi daripada peruntukan sebelum ini dan untuk tempoh akan datang termasuk RMK-13 perkara itu akan berterusan.


"Ini kerana kerajaan Persekutuan telah melihat macam mana hendak menggabungkan potensi koridor yang ada - Negeri Sembilan, Melaka, kemudian Selangor," katanya.


Jelasnya pengabungan potensi ke koridor negeri-negeri terbabit ialah meliputi hampir meliputi 50 peratus dari saiz negara ini.


"Saya rasa kalau diselaraskan dengan baik perancangan di peringkat Pusat dengan negeri, kita boleh jadikan RMK-13 satu lagi lonjakan baru bukan saja di peringkat negara tapi kepada negeri seperti Melaka.


"Aspirasi yang ada di negara boleh diterjemah dengan lebih baik di peringkat negeri," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page