top of page

RMK 13 beri lebih tumpuan isu negara menua, bantuan OKU



Rancangan Malaysia Ke 13 (RMK-13) yang bakal dibentangkan kelak akan memberi tumpuan kepada isu Malaysia negara menua serta meningkatkan kebajikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).


Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, kerajaan sedang melihat mega trend yang perlu ditangani 20 - 30 tahun akan datang, iaitu apabila Malaysia mula mempunyai jumlah golongan pesara yang ramai berbanding golongan pekerja dalam usia muda.


Katanya, dijangkakan pada 2044 negara ini akan menjadi negara tua dan kerajaan perlu memperuntukkan lebih banyak dana untuk penjagaan golongan berkenaan.


"Bila lebih ramai yang pencen daripada bekerja, kategorinya (Malaysia) menjadi negara tua kerana ada impak sosio ekonomi yang besar.


"Maksudnya kerajaan perlu tumpukan jaringan sosial, perkhidmatan kesihatan dan sebagainya.


"Kosnya kalau tidak berhati hati dan dirancang dari awal, maka kosnya tinggi," kata Ahli Parlimen Pandan itu dalam dialog Jelajah Madani Mendengar sempena RMK13 di Sarawak baru baru ini.


Selain itu, kata Rafizi, RMK-13 juga akan melihat lebih menyeuruh kebajikan OKU.


Namun, katanya, kerajaan tidak lagi boleh menambah kakitangan untuk mengurus kedua dua golongan berkenaan kerana jumlah tanggungan gaji sedia ada pada waktu ini amat besar.


Satu kaedah lain, katanya, sedang difikirkan dengan mewujudkan lebih banyak pertubuhan penjagaan sosial yang menguruskan ahli ahli dan orang awam yang memerlukan bantuan.


"Cara kami sedang pertimbang dalam RMK 13 ialah kita kena bawa semua (pihak) dalam masyarakat kita untuk membantu. Cuma jangan suruh semua orang buat percuma.


"Kumpulan yang lebih sesuai untuk membantu ialah anggota masyarakat yang memang berada dalam kumpulan itu. Kalau nak bantu orang susah, lebih baik orang di kawasan itu yang memang dia terlatih on the ground. Itu satu kerangka social entreprise .


"Sebab itu di masa akan datang, belanjawan dan peruntukan kerajaan untuk khidmat sosial ini turut disalurkan terus kepada pertubuhan yang layak untuk menjalan khidmat sosial.


"Jadi dalam kes OKU contohnya, ada keperluan di masa akan datang yang mana beban atau tugas atau keperluan untuk menjaga kebajikan itu beralih beransur ansur daripada semata mata jabatan kerajaan kepada pertubuhan sosial yang diurus oleh kumpulan OKU sendiri dengan bantuan dan geran kerajaan," katanya.


Tegas Rafizi, formula seperti itu dirasakan lebih menjimatkan dan jauh lebih efisien dengan keperluan golongan yang dibela oleh pertubuhan berkenaan.


"Kalau dasar memperkasa social enterprise ini dibuat dengan baik maka ianya akan beri ruang kepada banyak OKU menguruskan sendiri hal kebajikan mereka.


"RMK 13 akan ada bahagian yang lebih mendalam mengenai OKU berbanding RMK sebelum ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page