top of page

RM94 juta pembangunan belia, modal insan disambut baik - Pemuda AMANAH Perak



Oleh: Akmal Manaf


Pemuda AMANAH Perak menyambut baik peruntukan besar yang dibentangkan Kerajaan Negeri membabitkan jumlah RM94.84 juta bagi pembangunan modal insan dan belia.


Ketuanya, Khairol Najib Hashim berkata, komitmen Kerajaan Negeri dalam membangunkan industri e-sukan, sukan dan kebudayaan juga wajar diberikan pujian.


"Peruntukan RM21.2 juta untuk pembangunan sukan menunjukkan kerajaan serius untuk melahirkan lebih ramai atlet berkualiti dari Perak.


"Fokus terhadap pendidikan dan latihan kemahiran, terutamanya melalui Program Tuisyen Cikgu Saarani, bantuan pendidikan, dan pemerkasaan TVET, akan memberi manfaat kepada anak muda Perak untuk bersaing dalam pasaran kerja masa hadapan," puji beliau menerusi satu kenyataan, hari ini.


Dalam pada itu, Khairol menyifatkan pihaknya menyambut baik pembentangan Belanjawan Perak 2025 berjumlah RM1.52 bilion yang merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negeri.


Katanya, belanjawan yang komprehensif itu jelas menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri untuk membangunkan Perak dan mensejahterakan rakyat.


"Kita berbangga melihat prestasi kewangan negeri yang semakin kukuh dengan mencatatkan kutipan hasil dan terimaan pembangunan mencecah RM1.199 bilion setakat 28 November 2024.


"Pencapaian memberangsangkan ini membuktikan keberkesanan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad mengurus kewangan negeri dengan cekap dan bertanggungjawab.


"Pemberian Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri menjelang akhir tahun ini pula, mencerminkan penghargaan kerajaan terhadap perkhidmatan dan dedikasi mereka dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan yang berkesan," ujarnya lagi.


Susulan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang digariskan dalam belanjawan kali ini, beliau berkata pihaknya yakin negeri itu akan terus melangkah maju ke hadapan seiring dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.


Justeru, beliau menyeru semua pihak untuk sama-sama berganding bahu menjayakan agenda pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page