RM 900j 48 Program Residensi Rakyat, RM 2.9b baiki kemudahan asas desa
- Suara Keadilan
- Oct 18, 2024
- 1 min read

Kerajaan Madani memperuntukkan sebanyak RM900 juta untuk Program Residensi Rakyat (PRR) tahun 2025.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 48 projek PRR dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat termasuk dua projek PRR baharu di Port Dickson dan Seberang Perai Tengah telah dirancang untuk dilaksanakan.
"30 projek PRR dijangka siap penghujung 2025 yang bakal memanfaat hampir 17,500 penghuni baharu," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, petang tadi.
Selain itu, beliau juga mengumumkan peruntukan hampir RM2.9 bilion untuk membaiki kemudahan asas rakyat di desa dan pedalaman.
"Jalan-jalan kampung akan dibina dan dibaiki seperti di Kota Belud, Sabah; Pasir Puteh, Kelantan dan Kuala Lipis, Pahang dengan peruntukan hampir RM1.8 bilion
"Projek bina dan baiki jambatan serta pemasangan dan selenggara lampu jalan kampung diteruskan melibatkan kos dan peruntukan lebih RM350 juta.
"Bekalan air bersih dan elektrik di Sabah dan Sarawak meliputi 5,150 buah rumah dengan peruntukan hampir RM500 juta," katanya.
Kerajaan juga, menurut Anwar, menyokong kerjasama universiti awam dalam menambah baik prasarana kampung seperti kejayaan projek pemasangan solar di Pulau Tuba oleh Universiti Malaysia Perlis tahun ini.
Comments