top of page

RM9 juta untuk bangunkan industri akuakultur di Melaka



Kerajaan MADANI telah memperuntukkan RM9 juta bagi membangunkan industri akuakultur di negeri Melaka.


Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dipetik laporan media memaklumkan,inisiatif berkenaan dilaksanakan khususnya untuk membantu golongan nelayan yang terjejas akibat pembangunan di sepanjang pesisir pantai.


Tambahnya, industri akuakultur mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusaha selain membantu memastikan bekalan makanan negara terjamin.


"Saya telah menghadiri Majlis Mesyuarat Kewangan Negara baru-baru ini dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah meluluskan peruntukan RM9 juta melalui Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan untuk membangunkan industri akuakultur.


"Kita akan mengenal pasti nelayan terjejas melalui persatuan nelayan dan kawasan yang berpotensi dibangunkan dengan jenis pembangunan akuakultur yang sesuai seperti ternakan kerang, ikan siakap, kupang dan kepah," katanya dipetik.


Ab Rauf sebelumnya berucap pada Program Bayaran Ex-Gratia kepada nelayan terjejas akibat pembangunan Kuala Linggi International Port (KLIP) di Alor Gajah pada Rabu.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan sebanyak RM1.43 juta disalurkan kepada 438 nelayan di Melaka dan Negeri Sembilan yang terjejas berikutan pembangunan KLIP.


Bayaran yang diserahkan semalam merupakan ex-gratia fasa ketiga membabitkan 304 nelayan dan nelayan darat di daerah Alor Gajah serta 134 nelayan dari Port Dickson.


"Bantuan yang diterima diharap boleh digunakan untuk persiapan Syawal yang akan tiba agar dapat menyambut lebaran dengan lebih tenang dan sejahtera," katanya.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page