Agenda memperkesa ekonomi Bumipuetera terus digerakkan di bawah Kerajaan Madani dengan penyediaan peruntukan pembiayaan RM800 juta di bawah MARA.
Perdana Menteri juga mengumumkan peruntukan RM1.3 bilion untuk memperkasa kontraktor G1-G4 Bumiputera.
"Tahun hadapan, RM800 juta pembiayaan di bawah MARA dan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera termasuk untuk menyokong artisan tempatan.
"Kerajaan juga bersetuju memperuntukkan 1.3 bilion ringgit untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera. Ini memberi peluang kepada kontraktor melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana seperti pembinaan jalan raya serta pembaikan dan penyelenggaraan prasarana awam," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2025 hari ini.
Selain itu, PM juga mengumumkan naik taraf berterusan gerai, pasar malam bagi menyediakan suasana kondusif untuk perniagaan kecil.
"Pendirian saya kekal bahawa keadaan warung, gerai dan pasar perlu dijamin tahap keselesaan serta keselamatannya. Tahun
hadapan, 100 juta ringgit disediakan bagi membina gerai-gerai dan membaik pulih prasarana pasar awam di semua PBT seluruh negara; menyediakan ruang niaga kepada penjaja kecil Tamu Desa Sabah dan Sarawak; serta menaik taraf kemudahan perniagaan di bawah DBKL dan MARA," katanya lagi.
Comments