top of page

RM454 juta diperuntukkan tambahbaik sistem air Labuan



Projek membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan telah mencapai kemajuan 35 peratus siap.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, Kerajaan MADANI memperuntukkan RM454.88 juta bagi projek itu.


Setakat ini jelasnya kemajuan dari projek itu menunjukkan bahawa inisiatif yang sedang dilaksana itu berada di landasan yang tepat.


"Kerja-kerja berkenaan membuahkan hasil positif dan aduan gangguan bekalan air berkurangan sebanyak 46 peratus berbanding pada 2023," kata Dr Zaliha dipetik dalam ucapan di Karnival Wilayah Persekutuan Kita peringkat Labuan di Kompleks Sukan Laut, Labuan pada Ahad.


Ucapan itu dibacakan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Noridah Abdul Rahim.


Sementara itu Dr Zaliha menjelaskan, usaha telah dilaksana bagi menyokong keperluan harian bekalan elektrik di pulau itu yang secara purata mencecah 70 megawatt.


Beliau memaklumkan, dua projek ladang solar di Tanjung Kubong dan Kampung Bukit Kalam dengan kapasiti gabungan 15 megawatt siap sepenuhnya.


Selain itu Dr Zaliha turut menyentuh usaha lain oleh Kerajaan MADANI bagi meningkatkan tahap sosioekonomi pulau itu


Antaranya berkaitan cadangan pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok yang disifatkannya sebagai ‘pengubah keadaan’ Labuan dan bakal memberikan limpahan manfaat bagi Sabah.


"Dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini, RM3 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Kerja Raya untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek itu.


"Kajian sebelum ini dianggap sudah ketinggalan zaman dan tidak mencukupi untuk keperluan perancangan pada masa sekarang... menurut pegawai kajian baharu itu mesti mempertimbangkan keperluan sebenar penduduk Labuan bukan sekadar aspek teknikal," jelasnya


Beliau juga menyentuh mengenai beberapa perkembangan dalam sektor pengangkutan, termasuk peningkatan kekerapan penerbangan AirAsia untuk laluan Kuala Lumpur-Labuan, dan perkhidmatan feri ekspres baharu antara Labuan dan Kota Kinabalu yang akan mula beroperasi tidak lama lagi.


Sementara itu, pegawai daripada Jabatan Wilayah Persekutuan dijadual bertemu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji dalam masa terdekat bagi membincangkan pelbagai isu lain berkaitan Labuan, termasuk terminal feri ekspres.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page