top of page

RM254.7 bilion pelaburan direkodkan sembilan bulan pertama 2024



Jumlah keseluruhan pelaburan diluluskan di Malaysia meningkat sebanyak 10.7% dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan adalah bernilai RM254.7 bilion melibatkan 4,753 projek berkaitan pelbagai sektor ekonomi yang dijangka menjana sejumlah 159,347 peluang pekerjaan baharu.


"Perkara itu dimaklumkan sewaktu saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 8 Tahun 2024 terkait soal prestasi pelaburan," katanya menerusi hantaran di laman X.


Anwar yang juga Menteri Kewangan sementara itu menjelaskan, bagi tempoh sama tahun lalu, Malaysia meraih nilai pelaburan diluluskan sebanyak RM230.2 bilion.


Sementara itu menerusi hantaran sama Anwar memberitahu, mesyuarat tersebut telah bersetuju dan mengesahkan Garis Panduan bagi Pembangunan Pusat Data Mampan yang mengandungi metrik kecekapan Keberkesanan Penggunaan Tenaga (PUE) dan Keberkesanan Penggunaan Air (WUE).


Garis panduan tersebut jelasnya akan diguna pakai sebagai syarat kelayakan insentif cukai di bawah Skim Pecutan Ekosistem Digital (DESAC) yang merupakan inisiatif penambahbaikan polisi terkait usaha memacu pelaburan pusat data.


"Kerajaan MADANI berterusan menambah baik dasar sedia ada dan mewujudkan dasar baharu sebagai langkah meningkatkan daya saing negara," kata Anwar.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page