top of page

RM22.28 juta bangunkan infrastruktur jelapang padi di Sabah tahun ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 5
  • 1 min read


Kerajaan MADANI memperuntukkan sebanyak RM22.28 juta bagi pembangunan infrastruktur kawasan jelapang padi di Sabah, tahun ini.


Jumlah tersebut merupakan sebahagian RM216.98 juta yang diperuntukkan bagi pembangunan kawasan padi di negeri itu melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), jelas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu di Dewan Negara semalam.


Mengulas lanjut peruntukan yang disalurkan itu Mohamad berkata, ia membabitkan sembilan perkara antaranya bagi pembinaan Saluran Sekunder (Jawi Jawi dan Tempasuk Utara) dan Kerja-Kerja Berkaitan Lain - Pakej 1c (1), IADA Kota Belud, Sabah, berjumlah RM33 juta.


Selain itu, Pakej 1c(4) - 1c(4c) - Pembekalan, Pemasangan Pam dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sungai Jepun, IADA Kota Belud (RM15.2 juta), serta Pakej 1c(5) - Peningkatan dan Pengubahsuaian Kawasan Marabau, IADA Kota Belud (RM37.5 juta).


"Ia turut membabitkan Pakej 1d(1) - Peningkatan dan Kerja-Kerja Penambahbaikan Skim Pengairan Tempasuk Selatan, IADA Kota Belud (RM29.9 juta), serta Pakej 1e(1) dan 1e(2) - Kerja-Kerja Pembaikan dan Penambahbaikan Struktur Utama Piasau Dundau," katanya dipetik.


Mengulas lanjut Mohamad berkata, dengan lengkapnya projek pembangunan itu, ia dijangka mampu menyediakan pengairan optimum kepada pesawah di Sabah meliputi ketersediaan air mencukupi, memastikan kelembapan tanah dan merangsang pertumbuhan pokok, selain meningkatkan keefisienan penyerapan nutrisi.


"Bagi peruntukan dalam tempoh RMK13 pula, kementerian sedang meneliti keutamaan, keperluan serta ketersediaan pelaksanaan projek sebelum membuat permohonan bagi projek pembangunan padi di Sabah.


"Kelulusan ke atas permohonan projek untuk pelaksanaan pada 2026 hanya akan dimaklumkan oleh Kementerian Ekonomi selepas pembentangan Belanjawan 2026," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page