top of page

RM1.2 bilion pembiayaan TEKUN manfaatkan usahawan mikro, sederhana



Oleh: Akmal Manaf


Sebanyak RM2.4 bilion pembiayaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah dimanfaatkan sehingga September 2024 oleh golongan usahawan mikro dan sederhana di negara ini.


Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.


Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meminta pihak TEKUN Nasional untuk sentiasa turun padang hingga ke akar umbi bagi memberi penerangan dan memperkenalkan skim pebiayaan TEKUN kepada usahawan mikro dan sederhana.


"Turun padang untuk memastikan agar tiada usahawan mikro dan sederhana yang terlepas daripada bantuan pembiayaan TEKUN Nasional.


"Saya juga ingin mengingatkan bahawa inisiatif TEKUN ini diilhamkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998," katanya dalam ucapan perasmian taklimat Pembiayaan TEKUN Nasional, baru-baru ini.


Taklimat anjuran KEADILAN Kuantan itu diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kuantan (MATC) yang diadakan di Dewan Sri Teja, Bandar Putra, Kuantan.


Kira-kira 100 usahawan dalam kalangan ahli KEADILAN Kuantan dan orang ramai telah menyertai program tersebut.


Turut hadir dalam majlis itu adalah Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi yang juga Timbalan Pengerusi MPN KEADILAN Pahang.


Dalam ucapannya, Fakhrul mengajak golongan usahawan di Kuantan untuk memanfaatkan 15 skim pembiayaan mudah yang disediakan TEKUN Nasional agar dapat meningkatkan keupayaan dan potensi perniagaan masing-masing.


"Anak-anak muda yang menceburi bidang keusahawanan ini juga diseru untuk memanfaatkan pelbagai skim pembiayaan yang disediakan oleh TEKUN Nasional," ujarnya.


Majlis taklimat itu telah dijayakan bersama APPGM-SDG melalui Program Kejiranan dan Kepimpinan (PKK) menerusi tema ekonomi di bawah NGO PEKERTI Taman Seri Inderapura, Kuantan dan NGO Wanita Inspirasi Kuantan (WINK).

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page