top of page

RM19.5 bilion: KDN tingkat ketenteraman awam, kawalan sempadan



Peruntukan sebanyak RM19.5 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Belanjawan 2025 memperlihatkan kerajaan serius memastikan agensi penguatkuasaan dapat memperketat langkah kawalan penyeludupan dan meningkatkan usaha penguatkuasaan serta operasi secara bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Melalui belanjawan tersebut Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, sebanyak RM15.5 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM4 bilion lagi untuk pembangunan iaitu kenaikan sebanyak 2% berbanding Belanjawan 2024.


"Belanjawan 2025 ini selaras dengan peranan besar KDN untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara termasuk memperkukuh keselamatan sempadan, perairan dan pintu-pintu masuk antarabangsa negara.


"Ini selaras dengan visi Malaysia MADANI yang matlamatnya agar semua rakyat Malaysia hidup bermaruah meliputi hak asasi dan kualiti hidup terjamin," kata kenyataan itu.


Melalui peruntukan tersebut juga KDN akan melakukan perolehan aset perairan baharu di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu enam buah kapal di bawah Ship Life Extension Programme Fasa 2, sebuah kapal Multi Purpose Mission Ship dan dua buah Kapal Ronda Generasi Baharu.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi beruniform di bawah KDN menerima peruntukan aset sebanyak RM2.12 bilion peruntukan aset bagi menjamin keselamatan dalam negeri dan membendung peningkatan kes jenayah selain RM2.1 bilion lagi untuk pembinaan Pejabat Polis baharu antaranya Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wangsa Maju, IPD Daerah Petaling Jaya dan Balai Polis Tanjung Minyak, Melaka.


Tambahnya sebanyak RM1.8 bilion disediakan untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam termasuk anggota polis dan penjara.

"RM560 juta bagi memperkasa sempadan negara melibatkan pembinaan baharu dan menaik taraf ICQS di Rantau Panjang dan Bukit Berapit, pembinaan dua pos sempadan baharu di Bantul dan Serudung, Sabah serta pembekalan teknologi dron dan AI kepada badan penguat kuasa.


"RM20 juta bagi tujuan pemerkasaan kawalan pintu masuk negara melalui penggunaan kaedah kod QR di pintu masuk utama negara," katanya.


Dari segi kebajikan, kerajaan memperuntukkan sehingga RM50,000 bagi faedah Ex-Gratia Operasi untuk anggota pasukan keselamatan yang hilang upaya kekal semasa operasi dan sebanyak RM20,000 bagi bayaran faedah Ex-Gratia Pukal kepada waris dan kenaikan Elaun Layanan Sentiasa kepada RM1,500 daripada RM500.


"Bagi mendepani cabaran untuk memelihara keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kedaulatan negara terjamin, KDN akan terus bersama dengan kerajaan bagi mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan kepada rakyat dan negara.


"KDN yakin bahawa Belanjawan 2025 akan memperkasakan agensi penguatkuasaan di Malaysia seterusnya menjamin masa depan negara yang lebih berdaya tahan dan inklusif untuk semua rakyat Malaysia," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page