top of page

RM155 bilion caruman KWSP dikeluarkan sepanjang pandemik Covid 19



Oleh: Abdullah Zaid


Sebanyak RM155 bilion caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dikeluarkan menerusi pelaksanaan empat fasiliti ketika pandemik Covid-19 dari 2020 - 2022 lalu.


Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pengeluaran berkenaan terdiri daripada RM145 bilion amaun yang dikeluarkan oleh ahli di bawah keempat-empat program pengeluaran dan RM10 bilion impak daripada program pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja.


"Dari segi jumlah itu sebanyak RM145 bilion telah dikeluarkan menerusi empat pengeluaran yang dibuat.


"Ia tidak termasuk pengurangan caruman yang diturunkan kepada RM10 billion, jadi kalau dikira sekali menjadi RM155 bilion.


"Namun KWSP masih mampan dari segi saiz dana yang besar, setakat ini aset bawah kawal selia adalah sebanyak RM1.2 trilion jadi walaupun pengeluaran itu besar, ia tidak menjejaskan kewangan KWSP," katanya di Dewan Negara, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Tan Sri Mohamad Fatimi Che Salleh, sama ada jumlah pengeluaran KWSP ketika Covid-19 memberi kesan kepada kewangan KWSP.


Bagaimanapun, katanya, kewangan pencarum terjejas dengan empat kali kemudahan pengeluaran yang dibenarkan pada era kerajaan Perikatan Nasional tersebut.


Mengulas lanjut, beliau berkata, Kerajaan Madani ketika ini sedang giat meneroka inisiatif baharu termasuk pengenalan i-Sara bagi membantu golongan yang terjejas ekoran pengeluaran simpanan pada era pendemik tersebut.


"Kerajaan ada beri inisiatif baharu agar simpanan pada hari tua mencukupi, antaranya i-Saraan di mana kerajaan memberi caruman 15% atau RM 500 kepada pencarum yang tidak mempunyai pendapatan tetap.


"Di bawah Skim i-Sara lebih 400,000 telah mula mencarum semula dan simpanan telah mencecah RM1 bilion atas inisiatif sebegini. Oleh itu KWSP dan kerajaan akan terus berusaha untuk menambah baik kepada mereka yang terkesan untuk memperbaiki simpanan masa depan," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page