top of page

RM13 juta bantuan banjir Kedah, RM1 ribu setiap keluarga mangsa



Banjir di kedah yang semakin memburuk mendapat perhatian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


PM yang turun meninjau di ibu negeri Alor Setar hari ini dan telah mengumumkan bantuan segera dan pasca banjir berjumlah RM13 juta.


"Saya turun ke Alor Setar, Kedah bersama pasukan bagi meninjau tahap bencana banjir yang telah melanda beberapa kawasan di negeri ini selain menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.


"Dalam tinjauan, saya telah mengumumkan peruntukan RM13 juta untuk bantuan pasca banjir di Kedah yang mana daerah Kota Setar sahaja diperuntukkan sejumlah RM3 juta, manakala bagi keseluruhan negeri pula RM10 juta," katanya.


PM bertanyakan kepada pelajar yang terjejas persekolahan minggu hadapan akibat banjir

Menurut beliau, peruntukan itu bagi memastikan semua kerosakan dan ganti rugi yang munasabah selepas banjir, dapat ditangani sesegera mungkin dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.


"Kerajaan MADANI juga meneruskan bantuan banjir menerusi peruntukan NADMA dan ICU, masing-masing RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terkesan.


"Saya turut mengulangi arahan agar projek tebatan banjir yang sedang dijalankan di Kedah dipantau dengan teliti, supaya tidak berlaku sebarang kelewatan untuk mengurangkan impak banjir apabila projek tersebut siap nanti," katanya.


PM berdoa semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada semua yang terjejas termasuk memudahkan urusan jentera serta agensi terlibat dalam pengurusan banjir.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page