top of page

RM13.5 juta program saringan barah pangkal rahim - LPPKN



Sebanyak RM13.5 juta diperuntukkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) tahun ini bagi melaksanakan program saringan dan pengimejan barah pangkal rahim.


Timbalan Pengerusinya Juwairiya Zulkifli berkata, golongan wanita berkelayakan boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut secara percuma itu di 50 Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara.


"Seramai 162,427 wanita di Malaysia menjalani saringan barah serviks sejak 2019 hingga tahun lalu. Jangan lepaskan peluang, manfaatkan perkhidmatan percuma yang ditawarkan ini.


"Kos saringan barah pangkal rahim di klinik LPPKN adalah percuma tetapi di klinik swasta lain ia boleh mencecah kos antara RM300 hingga RM600," katanya dipetik.


Pada ucapan itu Juwairiya berkata, kriteria umur yang ditetapkan bagi perkhidmatan tersebut adalah 30 hingga 65 tahun yang berisiko tinggi untuk mendapat barah pangkal rahim.


"Namun, bagi wanita yang berusia di bawah 30 tahun atau melebihi 65 tahun ada perkhidmatan alternatif yang ditawarkan untuk pengesanan barah ini iaitu ujian ‘pap smear’," katanya.


Sementara itu EXCO kesihatan awam negeri Selangor Jamaliah Jamaluddin berkata, kerajaan negeri mensasarkan seramai 3,000 wanita Selangor menjalani saringan itu.


"Kesedaran untuk membuat saringan barah pangkal rahim dilihat masih rendah apabila hanya 107 orang menjalaninya di negeri ini setakat 24 Januari.


"Mungkin mereka takut atau bimbang dengan keputusan saringan itu. Namun, dengan langkah pencegahan, termasuk pemeriksaan berkala dan vaksinasi, penyakit ini boleh dicegah atau mampu dikesan lebih awal.


"Justeru, saya menyeru semua pihak untuk bersama menyokong usaha dalam meningkatkan kesedaran berhubung penyakit ini sekali gus menggalakkan wanita untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page