top of page

RM100 juta program Kampung Angkat Madani seluruh negara



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan memperuntukan RM100 juta untuk program Kampung Angkat Madani di 42 buah kampung di seluruh negara.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, setakat ini sebanyak RM86.3 juta telah disalurkan dengan agihan peruntukan maksimum sehingga RM2.5 juta bagi setiap kampung.


"Sehingga 10 Julai 2024, Kementerian Kewangan (MoF) telah menyalurkan RM86.3 juta kepada kementerian dan agensi yang terlibat meliputi 35 buah kampung yang telah dikenal pasti," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri persidangan Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) berhubung matlamat utama pelaksanaan Kampung Angkat Madani berbanding dasar sedia ada.


Jelasnya, kriteria program itu menumpu kawasan kampung yang mempunyai liputan kemudahan bawah 50 peratus dan tiada kemudahan asas serta memerlukan perhatian khusus.


"Kampung yang terpilih akan dijadikan penanda aras terbaik dalam membantu Kerajaan merapatkan jurang antara desa dan bandar. Ini termasuklah memperkasakan ketua mukim atau jawatankuasa kampung dan komuniti setempat.


"Selain itu, ia melalui pendekatan gotong royong serta memudahkan tatacara perolehan dan kewangan untuk membantu melengkapkan projek infrastruktur di kampung-kampung yang terpilih," ujarnya.


Kampung Angkat MADANI diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 bagi merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar serta memastikan kemudahan asas dapat dipertingkatkan.


Program itu menumpukan dua jenis pendekatan antaranya Projek Fizikal yang meliputi penambah baik jalan serta lampu kampung, bekalan air dan elektrik dan kemudahan capaian internet.


Manakala, Projek Bukan Fizikal melibatkan bantuan seperti pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), eKasih, Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), perkhidmatan bergerak kerajaan.

1 comment

1 Comment


vijay8181
Jul 11

Kami, penduduk Kampung Kebun Nenas, DUN Bukit Tengah, Parlimen Batu Kawan amat mengalu-alukan program Kampung Angkat Madani dimana Kerajaan Pulau Pinang telah gagal menyelesaikan permasalahan kami walaupun aduan rasmi dibuat kepada ADUN Bukit Tengah serta Ketua Menteri selaku Ahli Parlimen Batu Kawan. Sudah bertahun sistem peparitan tidak diselenggara. Tiada tong sampah atau perkhidmatan kutipan sampah sarap disediakan. Yang teramat baik mengenai Kerajaan Pulau Pinang adalah mereka tidak pernah gagal mengutip cukai pintu dan cukai tanah setiap tahun. Harap Kerajaan Persekutuan akan menyerap kampung kami dalam program Kampung Angkat Madani. Mudah-mudahan.

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page