top of page

RM1 juta untuk Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin - PM



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin bagi menyempurnakan pembangunannya.


Pada ucapan di majlis Kenduri Rakyat dan Ziarah Mahabbah di Chemor pada Jumaat, Anwar berkata, peruntukan itu sebagai tambahan kepada dana yang dikumpul oleh penduduk kawasan itu,


"Saya ucap penghargaan setingginya (kepada pihak pengurusan pusat pengajian itu) termasuk penduduk di sini yang telah mengambil ikhtiar sendiri, tanah wakaf, yang membangunkan dengan ikhtiar sendiri.


"Ini (ikhtiar sendiri) satu perkara yang sangat membanggakan kerana ilmu itu fadilatan (fadilat) kepada seluruh Muslim dan Muslimat dan matlamat kita itu sebenarnya nak didik masyarakat, angkat martabatnya dan beri kefahaman," katanya dipetik.


Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Penaung Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.


Sementara itu Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun menyeru rakyat mengubah perspektif bahawa tanggungjawab membangun dan mengimarahkan institusi kerohanian seperti masjid dan pusat pengajian agama tidak hanya tergalas di bahu kerajaan sahaja.


Sebaliknya martabat umat Islam boleh diangkat apabila tanggungjawab membangun dan mengimarahkan institusi agama dimainkan semua pihak, termasuk menerusi sumbangan ke tabung masjid pada setiap hari Jumaat sewaktu sesi solat Jumaat berlangsung.


"Sesetengah orang dia salah faham dengan dia ingat semua ini dari peruntukan (kerajaan).


"Namun, mesti ada paling kurang seringgit (RM1), mesti ada saham dia untuk membina masjid. Maknanya, mengimarahkan atau membangun masjid itu tanggungjawab semua," jelasnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page