top of page

RM1 juta diperuntukkan untuk perkasa usahawan veteran ATM



Kerajaan MADANI terus berusaha memperkasa veteran tentera melalui pelbagai inisiatif termasuk Program Pemerkasaan Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PUVET ATM).


Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan tahun ini untuk membantu 200 usahawan veteran tentera di bawah program berkenaan.


Tambahnya, setakat ini seramai 96 usahawan veteran ATM telah dibantu dengan setiap penerima menerima bantuan wang tunai RM5,000 bagi mengembangkan perniagaan mereka.


"Kebanyakan penerima tinggal di selatan tanah air dan bagi mencapai sasaran 200 usahawan veteran, selepas ini kita akan menjelajah ke negeri-negeri di Pantai Timur.


"Lebih 50% usahawan veteran ini menceburi bidang pembuatan makanan terutamanya sejuk beku yang berpotensi tinggi untuk dipasarkan selepas mereka tamat perkhidmatan," katanya dipetik.


Adly sebelumnya hadir merasmikan Program PUVET ATM peringkat Melaka di Alor Gajah pada Khamis.


Pada majlis berkenaan, sebanyak 44 usahawan veteran menerima bantuan itu membabitkan peruntukan RM220,000.


Sementara itu Adly memberitahu, Kementerian Pertahanan bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) turut bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Ekonomi bagi membantu golongan berkenaan mengembangkan perniagaan mereka.


Usaha termasuk dengan mendedahkan usahawan veteran itu dengan teknologi digital bagi membantu mereka memasarkan perkhidmatan dan barangan secara dalam talian.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page