top of page

Ringgit terbaik, kuasa besar hormat Malaysia kerana kepimpinan berwibawa



Matawang ringgit yang dipertikaikan pembangkang kononnya merudum sejak dua tahun lalu kini terbukti cemerlang dan memperlihatkan prospek pemulihan yang menyeluruh di bawah Kerajaan Madani.


Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengukuhan nilai ringgit dan pelaburan yang mencurah curah masuk adalah bukti awal Malaysia telah kembali ke landasan yang betul di bawah kepimpinan yang berwibawa.


"Hari ini ringgit paling kuat dalam masa 14 tahun, paling kuat dalam Asia, kerana apa? Bukan kerana saya, bukan kerana Anwar, ini kerana dasar kerajaan. Kerana muafakat kita.


"Pelaburan datang, kalau tengok rekod puluhan tahun, orang yang pernah (berada dalam) Kerajaan Persekutuan tahu belum pernah sambutan (pelabur asing) sebegitu rupa.


"Bulan ini saja, bukan undangan biasa. Saya ke China, Jepun, (kini) diminta Presiden Putin, minta saya hadir ke Vladivostok keran beliau mahu berbincang dengan saya.


"Bukan kerana Anwar. Tetapi kerana Anwar mewakili negara Malaysia yang kini bangun sebagai negara hebat di rantau ini," katanya dalam Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre hari ini.


Kuasa ekonomi baharu Asia seperti India juga, kata Anwar, Perdana Menterinya Narendra Damodardas Modi mengudang beliau untuk berbincang mengenai ekonomi dan hubungan dua hala yang lebih baik.


Kata PM, dalam lawatan ke luar negara beliau sentiasa mempromosikan negeri negeri di Malaysia untuk dijadikan destinasi pelabur termasuk dalam sektor pelancongan.


Oleh itu, Anwar menempelak pembangkang yang mempersoalkan apakah yang dilakukan beliau untuk Sabah.


"Tiap tempat saya pergi, ke China, Jepun, Jerman saya tidak pernah tinggal mana mana negeri. Saya sebut ada ruang pelaburan minyak dan gas, pelancongan, teknologi baru, peralihan tenaga termasuk negeri Sabah. Saya wakil Malaysia dan wakil negeri Sabah.


"Jangan main sentimen seolah olah kita tidak fikir (bangunkan negeri)," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page