top of page

'Ringgit mengukuh, ambil masa harga barang import turun'



Oleh: Fiza Halim


Serangan terbaharu laskar siber dan pemimpin pembangkang di media sosial yang meremehkan kenaikan nilai mata wang ringgit konon tidak membantu menurunkan harga barang keperluan amat tidak wajar.


Sedangkan laskar siber sama beberapa bulan lalu mengkritik ringgit merosot di bawah Kerajaan Madani. Ironinya dalam dua bulan terakhir ini telah mengalih isu bahawa tiada faedah pengukuhan mata wang kerana kerajaan gagal menurunkan harga barang.


Bagi Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan KEADILAN Malaysia, Siti Aishah Shaik Ismail, kenaikan dan penurunan harga barang keperluan bukan sepenuhnya dikawal kerajaan dalam sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan.


Katanya, menjadi tabiat peniaga mudah menaikkan harga tetapi akan mengambil masa untuk menurunkannya. Maka, kata beliau, harga akan turun dalam proses ekonomi yang akan mengambil sedikit masa.


Namun tegas Aishah, perkara yang penting ialah ekonomi mula membaik dan tentunya harga tidak akan meningkat lagi sebagaimana pada era pemerintahan Kerajaan PN.


"Kita alhamdulillah telah melepasi proses ketidakstabilan ekonomi kepada pengukuhan ekonomi yang baik.


"Nilai mata wang yang mengukuh dan kemasukan pelaburan dari pelabur-pelabur asing membuktikan Malaysia di bawah kepimpinan PM dan Kerajaan Madani yang berjaya dan melakukan sesuatu dengan baik dan cepat.


"Namun begitu segala proses ini (penurunan harga) memerlukan pengurusan yang menyeluruh dari pihak kerajaan juga pembekal dalam negara.


"Tidak adil jika pembangkang mengatakan tidak berlaku penurunan, trend harga semasa barangan keperluan harian rakyat masih berada pada paras yang tidak membebankan," katanya ketika dihubungi.


Menurut Aishah, pembangkang tidak perlu terlalu ghairah menjadikan isu harga barang sebagai isu utama sehingga mencipta naratif yang tidak masuk akal, kononnya kehidupan rakyat susah akibat kenaikan yang sebenarnya berlaku sejak era Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada waktu mereka memerintah.


"Kepada pembangkang jangan hanya mencari salah, sila belajar bagaimana ekonomi sedang diuruskan oleh kerajaan ini kerana di zaman kamu dulu yang tinggal sebagai kenangan ialah (jolokan) 'kerajaan gagal'," ujarnya.


Ubtuk rekod, berlaku pengukuhan ringgit dalam dua bulan terakhir sehingga pernah mencatat RM4.10 per dolar Amerika Syarikat (AS). Prestasi itu jauh lebih baik berbanding era Kerajaan PN yang mana ringgit berada pada paras RM4.50 per AS$1 dan ke atas.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page