top of page

Ringgit mata wang kedua terbaik Asia hasil reformasi ekonomi



Kedudukan matawang negara bertambah kukuh dalam tempoh enam bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).


Pada Jumaat, Ringgit mencecah paras RM4.6630 berbanding dolar AS sebelum ditutup pada 4.6700/6.730 petang semalam.


Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid dipetik laporan media berkata reformasi ekonomi dan kestabilan politik menjadi antara faktor utama kenaikan ringgit.


Jangkaan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September ini dijangka akan mendorong pengukuhan nilai Ringgit.


"Data terkini menunjukkan inflasi di AS sudahpun menurun kepada 3.0%, sekali gus menyaksikan dasar monetari negara itu yang ketat dilihat seolah-olah mencapai objektif.


"Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Jerome Powell dalam keterangannya kepada Kongres AS, mencadangkan bahawa penurunan kadar faedah boleh berlaku dan bahawa kadar inflasi tidak perlu turun lebih rendah daripada dua peratus sebelum mereka boleh memulakan keputusan pelonggaran monetari.


"Nampaknya garis masa bulan September akan menjadi masa yang berkemungkinan untuk Fed mula menukar pendirian sekatan mereka. Ini sudah tentu membantu mengukuhkan nilai ringgit," katanya dipetik Bernama.


Ringgit ketika mengakhiri dagangan semalam muncul sebagai mata wang kedua berprestasi terbaik di rantau Asia, mengalami penyusutan sederhana sebanyak 1.56% berbanding dolar AS mengikuti rapat di belakang rupee India yang merosot sebanyak 0.37% berbanding mata wang AS.


Dolar Brunei dan dolar Singapura masing-masing menyaksikan penurunan 1.70% manakala rupiah Indonesia turun 4.57% dan peso Filipina jatuh sebanyak 5.15% berbanding dolar AS.


Media turut melaporkan, matawang negara itu diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN lain.


Sementara itu menurut Dr Mohd Afzanizam tinjauan oleh agensi penarafan kredit serta bank pelaburan yang positif juga membantu mewujudkan permintaan terhadap ringgit.


"Kerajaan perlu terus konsisten melaksanakan pembaharuan dan reformasi ekonomi. Namun, perlu berhati-hati dan beransur-ansur agar tidak mewujudkan suasana kejutan negatif kepada ekonomi. Ringgit sepatutnya akan terus mengukuh.


"Berdasarkan pengamatan kami, ringgit berpotensi terus mengukuh ke paras RM4.00 dalam tempoh jangka masa sederhana," tambahnya.


Mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan OPR, Mohd Afzanizam berkata, tindakan itu meningkatkan kredibiliti bank pusat dalam mengawal tekanan inflasi pada masa akan datang terutamanya apabila kerajaan sedang melaksanakan usaha rasionalisasi subsidi bahan api.


"Kedua, BNM dilihat cenderung untuk mengekalkan OPR pada tahun ini berbanding Fed yang mana mereka dijangka akan mengurangkan kadar faedah mereka pada September dan Disember tahun ini. Jika jangkaan ini menjadi realiti, sudah pasti jurang antara FFR dan OPR akan dapat dikurangkan dan sekali gus dapat menaikkan daya tarikan ringgit.


Beliau menambah, faktor berkaitan reformasi ekonomi turut dapat meningkatkan daya saing negara untuk jangka masa sederhana dan panjang.


"Sebagai contoh, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) akan dapat menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang lestari dan meningkatkan daya saing yang mana ia bakal mewujudkan peluang perniagaan serta pekerjaan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.


"Semua ini akan dapat menarik minat pelabur, peniaga serta pelancong untuk datang ke negara kita, sekali gus mewujudkan permintaan terhadap ringgit," jelasnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page