top of page

Ringgit makin kukuh menjelang hujung tahun - Wong Chen



Oleh: Abdullah Zaid


Prestasi ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan ketika ini telah meletakkan ringgit sebagai mata wang antara terbaik di rantau Asia.


Ahli Parlimen Subang, Jaya Wong Chen berkata pencapaian ringgit RM4.3805 berbanding sedolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini menunjukkan prestasi membanggakan walaupun mungkin terdapat faktor lain menjelang hujung tahun


Namun katanya, ramai berharap nilai ringgit akan mengukuh kepada RM4.20 menjelang tahun 2025.


"Harapan besar kita adalah untuk mencapai paras kukuh iaitu RM4.20 pada akhir tahun ini," katanya kepada Suara Keadilan.


Selain itu, ketika ditanya faktor pengukuhan ringgit sama ada disumbangkan oleh peningkatan pelaburan asing, Wong Chen berkata hal itu berkaitan terutama dalam pengembangan sektor industri teknologi maklumat (IT) dan mikrocip ketika ini.


"Pengukuhan ringgit adalah kerana pelaburan asing kian bertambah daripada sektor IT dan industri cip mikro," katanya lagi.


Untuk rekod, Malaysia menguasai 13% daripada pasaran global untuk perkhidmatan pembungkusan, pemasangan dan ujian bagi industri semikonduktor.


Pelaburan besar besaran yang diterima negara sejak tahun lalu dalam pengembangan sektor tersebut apabila ditukar kepada pembelian tanah, membina kilang dan sebagainya akan memastikan lebih banyak mata wang asing dibawa masuk.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page