top of page

Ringgit kukuh, dolar AS lemah: Hujah Tun Faisal tidak berfakta - AMK Selangor



Oleh: Abdullah Zaid


Hujah pemimpin Perikatan Nasional (PN) kononnya ringgit kukuh pada ketika ini kerana mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan pound sterling United Kingdom melemah amatlah dangkal.


Juga hujah Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz itu yang menyebut kononnya pelaburan langsung asing (FDI) berkurang, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) jatuh, hutang negara meningkat dan eksport negara menurun juga mengarut.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Atillah Sani, tiada satu pun hujah Tun Faisal itu berfakta dan menepati realiti, sebaliknya berupa retorik untuk memburuk burukkan lawan politik semata mata.

Atillah Sani

"Hujah Tun Faisal itu punca kenapa kita sering mendesak Pas atau Bersatu belajar untuk menjadi pembangkang yang berkualiti. Kalau bercakap tanpa asas semua orang boleh buat.

"Prestasi ringgit realitinya berada pada tahap yang terbaik dalam tempoh 14 tahun. Ini adalah bukti Kerajaan Madani telah berada dalam momentum yang tepat dan terbaik.


"Perkembangan positif ini disokong oleh dasar dan pelan tindakan kerangka ekonomi Madani serta inisiatif yang dikeluarkan oleh kerajaan yang telah berjaya memastikan ekonomi negara kita kukuh," katanya kepada Suara Keadilan.


Terdahulu, Tun Faisal dalam satu kenyataan dipetik lidah rasmi Pas mendakwa peningkatan prestasi ringgit hanya disebabkan ekonomi dunia bermasalah, termasuk kejatuhan saham Jepun, indeks Nikkei.


Selain itu, wakil Bersatu itu turut meminta kerajaan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan membenarkan satu lagi siri pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atas alasan ekonomi negara tidak menentu ketika ini.


Dakwaan itu dilihat berlainan dengan kenyataan pensyarah Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr Barjoyai Bardai yang berkata situasi ekonomi negara kukuh berpandukan indikator keseluruhan ekonomi termasuk prestasi KDNK (Keluaran Dalan Negara Kasar), inflasi dan kadar pengangguran.


Jelasnya, peningkatan KDNK suku tahun kedua 2024 sebanyak 5.8% berbanding 4.8% suku sebelumnya selain kadar inflasi yang masih terkawal pada 2% dan kadar pengangguran bawah 4% menunjukkan prestasi ekonomi negara positif dan cantik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page