top of page

‘Ringgit kukuh bukti 'formula' kerajaan berjaya, bukan kerana dolar AS lemah’



Oleh: Abdullah Zaid


Pengukuhan mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mula menunjukkan impak sejak minggu lalu nerupakan petanda formula ekonomi Kerajaan Madani telah membuahkan hasil.


Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Haziq Azfar Ishak berkata, faktor kenaikan ringgit berbanding dolar AS itu sekali gus menafikan dakwaaan pembangkang yang mengaitkan kejatuhan ringgit dengan kelemahan Perdana Menteri dan formula ekonomi kerajaan.


Beliau dalam pada itu membidas hujah terbaharu pembangkang kononnya nilai ringgit mengukuh semata mata kerana dolar AS melemah, sedangkan katanya ringgit telah mengukuh berbanding mata wang Asia lain sejak tahun lalu.


"Jika ikut logik pembangkang, ringgit jatuh kerana batang tubuh Anwar Ibrahim. Tetapi ringgit mengukuh kerana macam-macam faktor luaran tetapi bukan kerana (formula ekonomi) kerajaan.


"Jika benar nilai ringgit meningkat kerana dolar AS melemah semata-mata, tak munasabah dolar Singapura, bath Thailand dan banyak matawang lain turut mencatatkan kemerosotan jika dipadan dengan ringgit," katanya kepada Suara Keadilan.


Jelas Haziq, prestasi ringgit sememangnya ada kaitan secara langsung dengan naratif dan dasar kerajaan yang diyakini pelabur untuk menanam modal di Malaysia.


"Hakikatnya pengukuhan matawang ringgit sudah diterangkan pelbagai kementerian sejak tahun lepas, apabila dasar untuk merasionalisasikan subsidi tingkatkan permintaan ringgit melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) serta reformasi fiskal walaupun tak minat ditelusuri oleh pembangkang," ujarnya lagi.


Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Ekonomi yang digelar pembangkang 'Raja Formula', Rafizi Ramli berkata pencapaian ringgit adalah satu-satunya mata wang di Asia yang mengukuh berbanding dolar AS.


Malah, kata beliau, prestasi ringgit kini mengatasi beberapa mata wang utama antarabangsa seperti pound sterling United Kingdom, renminbi China dan euro Kesatuan Eropah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page