top of page

Ringgit jatuh berterusan, bukti kerajaan tidak faham ekonomi



Nilai ringgit yang jatuh daripada RM4.50 satu dollar Amerika Syarikat kepada RM4.64 untuk sedollar dalam masa 10 hari amat mencemaskan rakyat.


Menurut KEADILAN cabang Kemaman, Kerajaan BN - PN sewajarnya menangani segera kejatuhan nilai matawang ini untuk memastikan barang keperluan harian termasuk makanan yang diimport tidak melambung dan mencekik harganya.


"KEADILAN Kemaman mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan kerajaan supaya bertindak segera melindungi nilai ringgit yang semakin menjunam


"Nilai ringgit telah jatuh ke paras terendah dalam tempoh 24 tahun. Kali terakhir ringgit mengalami kejatuhan nilai yang teruk adalah pada krisis ekonomi 1997.


"Ketidakpedulian kerajaan mengenai krisis kejatuhan matawang negara ini amat dikesali. Pelbagai pihak telah menyuarakan pandangan dan suara hati mereka berhubung dengan situasi ini tetapi tidak diendahkan oleh pihak kerajaan. Bahkan kerajaan hanya memberi reaksi yang tidak serius," kata kenyataan yang dikeluarkan Cabang Kemaman.


Menurut kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan itu, kejatuhan nilai matawang juga akan menyebabkan kelembapan ekonomi Malaysia menjadi lebih parah dan pembayaran hutang luar dalam dollar meningkat secara tiba tiba.


"Kejatuhan berterusan matawang menjerumuskan negara dalam krisis ekonomi yang parah. Lebih-lebih lagi dengan kadar import makanan yang melebihi 50% pada ketika ini. Ini akan menyaksikan kenaikan harga bahan makanan seterusnya meningkatkan lagi inflasi yang sudah memburuk.


"Perlu diingat dengan kejatuhan nilai matawang nilai hutang 1MDB akan bertambah daripada kadar sekarang dan ini akan menambahkan lagi tekanan terhadap ekonomi negara," kata kenyataan itu.


Justeru, KEADILAN Kemaman bimbang dengan keupayaan kerajaan BN - PN mentadbir negara. Isu kejatuhan ringgit ini membuktikan kerajaan sekarang tidak tahu apa apa mengenai ekonomi biar pun mempunyai Menteri Kewangan bekas seorang CEO bank.

1 comment

1 Comment


Wan Muhammad Wan Mahmud
Wan Muhammad Wan Mahmud
Feb 23, 2024

Sekarang lagi bimbang. Dah capai RM4.80 untuk USD1. Kerajaan madani BN-PH ni faham ekonomi tak?

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page