top of page

Ringgit catat paras tertinggi, melonjak 4.24 berbanding dolar AS

Updated: 15 hours ago



Ringgit menunjukkan kekuatannya pada tahap baharu apabila meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mencapai paras tertinggi sejak 2 Februari tahun lalu ketika ditutup hari ini.


Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan itu melonjak kepada 4.2410/2460 berbanding dolar AS 4.2535/2645 ketika ditutup pada Selasa.


Aset dalam denominasi ringgit menjadi lebih menarik bagi pelabur asing setelah pemerhati pasaran menjangkakan penurunan 50 mata asas bagi Kadar Dana Fed (FFR) pada malam ini, kata penganalisis pasaran.


"Ini akan mengecilkan jurang antara FFR dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang kini berada pada 2.5 peratus.


"Keadaan ini akan menjadikan aset dalam denominasi ringgit menarik pada pandangan pelabur asing," kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid yang dipetik agensi berita nasional, Bernama.


Mohd Afzanizam berkata kadar semasa ringgit berbanding dolar AS menghampiri paras sokongan pada 4.2128.


"Oleh itu, pengumuman Fed malam ini amat penting untuk menentukan prospek ringgit pada masa hadapan," katanya.


Sementara itu, Bernama melaporkan ringgit turut diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.


Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6091/6158 daripada 5.6240/6385 ketika ditutup semalam, melonjak berbanding yen Jepun kepada 2.9940/9977 daripada 3.0244/0324 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7236/7292 daripada 4.7375/7498 sebelum itu.


Mata wang tempatan itu turut diniagakan kukuh berbanding mata wang ASEAN.


Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2792/2833 daripada 3.2891/2979 ketika ditutup pada Selasa, dan menokok berbanding baht Thai kepada 12.7472/7680 daripada 12.7725/8105 semalam.


Ia melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.61/7.62 daripada 7.64/7.66 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 276.5/277.0 daripada 277.3/278.2 pada Selasa.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page