top of page

Ringgit catat paras terbaik sejak 14 tahun, ekonomi Malaysia diyakini



Ringgit mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun minggu lalu berikutan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia dan aliran masuk dana asing.


Mata wang tempatan meningkat 1.6% berbanding dolar pada Jumaat, meningkat untuk hari ke-10 berturut-turut sekali gus menunjukkan prestasi terbaik sejak 2010.


Selepas tiga tahun mengalami kerugian, ringgit mengatasi prestasi negara serantau di Asia pada tahun ini apabila kerajaan memacu dasar untuk meningkatkan pelaburan asing dan mula menyasarkan semula subsidi untuk mengurangkan defisit bajet, lapor Bloomberg.


Langkah itu membantu menarik kembali minat daripada dana global yang mencurahkan sebanyak AS$112 juta ke dalam saham tempatan tahun ini, menurut laporan itu.


Pemulihan ekonomi negara Asia Tenggara itu juga semakin pesat, dengan keluaran dalam negara kasar suku kedua mengatasi semua jangkaan, disokong oleh peningkatan eksport.


"Kami percaya unjuran pertumbuhan ekonomi empat hingga lima peratus pada 2024 boleh dicapai dan mungkin pergi ke tahap yang lebih tinggi," lapor Bernama yang memetik Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai berkata pada Khamis.


Beliau menambah bahawa mata wang tempatan bersedia untuk mengukuh lagi.


Sebelum ini, Amir Hamzah menyasarkan ringgit mengukuh kepada 4.5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang Disember ini namun dengan perkembangan terkini menunjukkan mata wang tempatan itu menampilkan prestasi kukuh lebih awal.


Ketika ini ringgit terus mendapat sokongan yang baik dan mengekalkan momentum meningkatnya selama 11 hari berturut-turut berbanding dolar AS apabila pelabur memindahkan pelaburan mereka ke rantau Asia Pasifik berikutan data pekerjaan AS yang lemah pada Jumaat lepas, lapor Bernama hari ini yang memetik penganalisis.


Pada pukul 8 pagi ini, ringgit naik kepada 4.4930/5010 berbanding dolar AS daripada 4.4945/4995 pada Jumaat lepas.


"Prestasi cemerlang mata wang itu boleh berterusan memandangkan keyakinan yang lebih baik di tengah-tengah pembaharuan fiskal yang berani, pertumbuhan kukuh dan minat pelabur asing yang meningkat," kata penganalisis Malayan Banking.


Dalam pada itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ketika berucap di Sabah semalam berkata ringgit kini berada pada paras paling kukuh dalam tempoh 14 tahun berikutan dasar Kerajaan Perpaduan dan usaha kolektif untuk membangunkan negara.


Perdana Menteri berkata, walaupun pembangkang sering mendakwa mata wang itu merosot, ia sebenarnya telah menunjukkan trend pemulihan yang positif di bawah pentadbiran semasa.

0 comments

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page