top of page

Rehatkan Razman Zakaria: Tindakan terbaik buat rakyat Perak



Laporan media tempatan bahawa Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria telah direhatkan daripada posisinya merupakan suatu tindakan yang ditunggu tunggu oleh rakyat Perak.


Bagi Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak, Khairol Najib Hashim, ​​​​​​​​​​​​​​​​Pemuda AMANAH Negeri Perak memandang tindakan itu amat tepat kerana Razman sebelum ini mendakwa berjuang dalam parti Islam tetapi sering mengundang kontroversi dengan membuat dakwaan melulu tanpa merujuk fakta.


"Tindakan merehatkan Razman seharusnya menjadi titik permulaan dalam usaha membersihkan imej Islam yang telah tercemar akibat tindakan beliau," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, perbuatan Razman yang mentohmah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan terbaru Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh amat menyalahi perilaku seorang muslim yang sentiasa berhemah dalam tutur kata.


Hal itu, katanya, turut memberi imej buruk kepada rakyat Perak.


"Selama ini imej rakyat Perak juga turut tercemar akibat tindakan beliau. Rakyat Perak secara tradisinya dikenali sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, beradab sopan dan menjunjung tinggi nilai-nilai murni.


"Tingkah laku Razman yang sering memfitnah dan mencetuskan kontroversi bukanlah mencerminkan budaya dan akhlak sebenar rakyat Perak," ujarnya.


Justeru Khairol berharap dengan kedatangan bulan Ramadan, Razman lebih bermuhasabah diri dan kembali menjadi pemimpin berintegriti serta berakhlak mulia, bukan mengamalkan politik semberono.


Sebelum ini Sinar harian melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria telah direhatkan daripada tugas Pesuruhjaya Pas Perak.


Sinar Harian dimaklumkan, tugas Pesuruhjaya Pas negeri dipangku Naib Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.


Meskipun kata media itu, sumber terdekat Pas Perak memaklumkan belum ada sebarang makluman rasmi diterima berhubung perkara itu.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page